RSS Suria

Bengang suami balik lewat, pukul 5.30 petang baru bos kelam kabut nak buat meeting – “Tak fikir ke orang nak berbuka?”

SETIAP kali Ramadan, ramai yang berpusu-pusu pulang ke rumah lebih awal bagi membuat persediaan berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Menjelang pukul 5petang, jalan raya akan mulai sesak dengan kenderaan disebabkan pertindihan waktu kerja yang sama di kebanyakan pejabat.

Ada segelintir majikan bertimbang rasa dengan membenarkan kakitangannya menamatkan waktu bekerja lebih awal sepanjang Ramadan untuk membolehkan mereka berehat dan meluangkan masa dengan keluarga.

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada majikan yang tidakmempunyai common sense sebagaimana situasi yang dikongsikan seorang wanita ini di laman sosial.

Berbuka puasa bersama keluarga adalah detik yang paling ditunggu-tunggu setiap individu setiap kali Ramadan. -Gambar hiasan

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa geram lantaran majikan suaminya didakwa gemar mengadakan mesyuarat ketika waktu pekerja sepatutnya bergerak pulang.

“Kepada para bos yang duduk tak jauh dengan pejabat dan tiba-tibabuat mesyuaratpukul 5.30 hingga 6.30 petang, tak fikir ke bulan puasa ni orang nak berbuka?

“Yang duduk jauh tu akan ambil masa satu jam setengah untuk sampai ke rumah. Apa yang menyedihkan, bos tu Melayu! Buat virtual meeting sudah,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bos toksik selalu maki depan pelanggan… Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

ARTIKEL BERKAITAN:Tak suka bos marah, wanita terus ‘resign’! Anggap majikan, staf senior kolot tak faham sikap dan cara kerja Gen Z

Tambah wanita tersebut, suaminya menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat dan tentunya waktu petang padat dengan bilangan penumpang yang ramai.

“Yang naik public transport akan tahu kesesakan ketika waktu sibukmacam mana. Kalau ya pun nak buat meeting dekat dengan waktu buka puasa, kamu belanja staf buka puasa sekali tak apa juga,” luahnya.

Kurangnya sensitiviti. Bos tu kena pergi kelas leadership.

NETIZEN

Wanita tersebut menambah, dia dan suaminya pasti akan mempertimbangkan pilihan untuk berpindah ke lokasi yang lebih dekat dengan pejabat jika mereka menyewa.

Menjengah ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangannya memandangkan mereka turut menghadapi situasi yang sama.

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

“Kurangnya sensitiviti. Bos tu kena pergi kelas leadership.

“Masa kerja dekat bank dulu, bos yang Islam boleh call pukul 7malam ajak meeting

“Saya tak keseorangan. Balik pukul 5 petang, masatu la nak ambil baby, nak masak lagi…tapi saya melawan je sama ada tak join terus meeting atau saya akan join bersama suara anak saya,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top