RSS Suria

Tak sempat sujud, makcik selesai solat di sebelah laju-laju lipat sejadah… Wanita reda dahi kena lantai berpasir

SETIAP kali tibanya Ramadan pelbagai pengalaman unik dan mencabar yang dilalui umat Islamdikongsikan di media sosial.

Begitu juga bagi seorang wanita apabilaberkongsi pengalamannya ketika menunaikan solat Maghrib di sebuah pusat beli-belah yang tidak dinyatakan lokasi.

Dalam hantarannya, wanita ini menceritakan bagaimana dia membentangkan sejadah secara melintang bagi memudahkan orang lain turut serta menggunakan ruang solat yang terhad.

Sejadah berfungsi sebagai alas untuk solat dan digunakan sebagai penanda arah kiblat.

“Masa bulan puasa saya menunaikan solat Maghrib di mall. Sudah pakai telekung… ambil sejadah.

“Mula-mula bentang sejadah secara menegak, tapi saya terfikir yang jumlah sejadah terhad. Lagi pula Maghrib ini waktu singkat.

“Jadi saya bentang secara melintang supaya senang orang nak kongsi bersama nanti senang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahasiswa naik geram pensyarah suruh lipat sejadah surau, makin sakit hati ditegur tak guna gelaran akademik… Kena panggil ‘doktor’ bukan ‘puan’

ARTIKEL BERKAITAN:Ustaz ajar ilmu mudah lipat sejadah, rupa-rupanya ramai tak sedar selama ini mereka ‘letak kuman di muka’

Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang sedikit berusiadatang solat bersebelahan dan berkongsi sejadah dengannya.

Namun, sesuatu yang tidak disangka berlaku ketika wanita itu masih lagi dalam rakaat terakhirnya.

“Laju makcik ni solat… dia habis dulu. Habis je solat, dia terus lipat sejadah… letak dekat rak.

“Saya sujud kat lantai yang berpasir… nak marah tapitengah solat,” tulis wanita itu dalam perkongsiannya.

Makcik tu dah biasa kemas laju-laju sampai tak perasan ada orang masih guna.

NETIZEN

Kejadian tersebut membuatkan dia tergamam namun hanya mampu mengawal hati dan perasaan agar terus khusyuk dalam ibadah.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan mengakui situasi seperti ini sering berlaku.

Ada juga yang berseloroh bahawa makcik tersebut mungkin sudah terbiasa mengemas dengan pantas tanpa menyedari masih ada orang yang menggunakan sejadah berkenaan.

“Kasihan tapi kelakar juga. Makcik tu dah biasa kemas laju-laju sampai tak perasan ada orang masih guna.

Komen netizen di media sosial.

“Dia on auto-pilot agaknya. Saya pernah solat dengan seorang makcik dan tanpa sedar, saya tutup kipas selepas selesai solat sebab ingat dah tak ada orang. Nasib baik tak kena marah,” komen beberapa netizen.

Tidak kurang juga warganet yang melihat kejadian ini dari sudut positif, menyatakan bahawa pengadu tersebut sebenarnya diuji dalam ibadahnya.

“Allah gandakan ujian masa tengah solat… mesti makin menghayati bacaan beserta maknanya sekali sebab nak kawal hati dan perasaan agar tidak menghamburkan tindak tanduk negatif terhadap makcik tu,” katanya.

Scroll to Top