RSS Suria

Air balang naik harga dalam masa 3 hari, plastik makin ‘cinonet’! Peniaga bazar tersipu-sipu malu disoal pelanggan

BAGAIKAN‘magnet’, sesiapa yang menjejakkan kaki ke bazar Ramadan pasti akan tertarik dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa.

Gerai-gerai yang menjual air minuman tidak terkecuali menjadi tumpuanpengunjung yang mahu melegakan tekak selepas seharian berpuasa.

Begitu juga dengan seorang wanita yang tidak mahu ketinggalan untukmembeli minuman dalambalang yang kini menjadi trend dalam kalangan pengunjung bazar Ramadan.

Pelbagai jenis air balang menarik perhatian pengunjung. -Gambar hiasan

“Hari pertama saya survey air balang. Jumpalah satu gerai ni, harga dia jual paling murah dari tempat lain.

“Cuma RM2 je sebungkus. Saya terkejut sebab harga RM2, sedangkan plastik (bungkusan air) besar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda berduit terkedu harga bihun goreng dan ayam di bazar Ramadan, simpati jika pelanggan B40 yang beli

ARTIKEL BERKAITAN:Duit ada tapi wanita bujang ini suka buka puasa di masjid sepanjang Ramadan… Tapi risau pula orang label kedekut

Selain dijual pada harga berpatutan dan mampu milik, wanita itu turut memuji rasa serta kualiti air balang berkenaan.

“Anggapan saya, adik ni baru berniaga kot sebab nak bungkus air pun terkial-kial.

Tolonglah jangan jadi tamak bila barang dah laku.

PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN

“Air pun okay lah, sampai waktu berbuka puasa pun air tu masih ada rasa,” ujarnya yang berpuas hati dengan minuman yang dibeli.

Selepas kunjungannya pada 1 Ramadan, wanita itu memberitahu dia kembali ke bazar sama pada hari keempat umat Islam menjalani ibadah puasa, iaitu pada Rabu lalu.

Namun dia tidak menyangka harga sebungkus air balang naik yang dijual di gerai tersebut naik mendadak dalam tempoh yang begitu singkat.

Harga air balang yang dijual di bazar Ramadan adalah tidak menentu. -Gambar hiasan

“Puasa keempat, aku pergi lagi. Terkejut sebab tengok pelekat kat balang dah jadi RM3. Cepatnya naik harga. Aku terus tanya, dah naik harga ke?

“Adik tu tersipu-sipu malu. Dia tanya, kak beli hari tu RM2 ye. Kami testing tengok,” katanya.

Lebih mengejutkan, selain peningkatan harga, dia juga mendapati bungkusan minuman yang dijual peniaga berkenaan semakin ‘mengecil’.

“Lagi terkejut plastik pun alahai halus cinonet. Wah, harga dah naik 50 peratus, tapi kualiti merosot.

Kesal dengan perubahan itu, dia juga dapat melihat perubahan ketara sambutan orang ramai terhadap gerainya selepas bertukar kepada harga baharu.

“Elok la hari pertama, pukul 6.30 petang air dia dah tinggal sikit. Hari ni air balang dia banyak lagi. Semua ada setengah balang lagi, sedangkan dah pukul 7.15 petang.

“Tolonglah jangan jadi tamak bila barang dah laku. Air yang saya beli pun dah rasa macamair kosong, tawar dan kurangrasa. Tak akan pergi beli dah kalau macam ni,” katanya.

Scroll to Top