RSS Suria

Syasya Rizal lancar lagu dengan Fazura, tunjuk wajah anak dalam muzik video

PENYANYI Syasya Rizal membuat kejutan apabila mendedahkan wajah bayi lelakinya dalam muzik video single terbaharunya berjudul Raya Pum Pang.

Dalam muzik video tersebut, Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, dilihat memangku seorang bayi lelaki menerusi salah satu babak di meja makan.

Kehadiran bayi tersebut menarik perhatian netizen yang bertanya sama ada itu adalah anaknya.

Ramai peminat merindui suara Syasya.

Ramai peminat sudah merinduiSyasya.

Tanpa berselindung, Syasya mengaku bayi lelaki itu adalah kemunculan pertama anaknya iaitu Yassir Hayyan untuk tontonan umum.

“Ya awak, Yassir debut,” katanya.

Tidak hanya itu, Syasya turut membuat kejutan menampilkan Fazura sebagai rakan duet dalam lagu Raya Pum Pang.

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir setahun tinggalkan Dolla, Syasya ‘comeback’ dengan lagu raya ubat kerinduan peminat

ARTIKEL BERKAITAN:Syasya Rizal selamat bersalin anak pertama, pilih nama Muhammad Yassir Hayyan

Kolaborasi dua penyanyi berkenaan dilihat berjaya menambat hati peminat yang rata-ratanya memberikan pujian.

Sementara itu, Syasya berkata dia berharap agar peminat terhibur dengan lagu nyanyian mereka untuk sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Saya harap korang suka dengan lagu raya istimewa daripada kami. Mari kira ber ‘Raya Pumpang’ sama-sama okay,” ujarnya.

Sebelum ini ketika temu bual bersama mStar, Syasya memberitahu bakal membuat kemunculan dengan lagu raya yang akan dilancarkan pada 7 Mac.

Kolaborasi Syasya (kanan) dan Fazura mendapat respon positif peminat.

Kolaborasi Syasya (kanan) dan Fazura mendapat respon positif peminat.

Kata Syasya, pelancaran lagu tersebut menjadi hadiah buat peminat yang sudah sekian lama rindu mahu mendengar suaranya.

Pada 8 April tahun lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla atas faktor peribadi.

Keputusan itu ternyata dilakukan kerana penyanyi itu melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top