SETIAP kali Ramadan menjelma, bazar menjadi destinasi utama bagi kebanyakan orang membelijuadah berbuka.
Namun, harga makanan yang semakin mahal sering menjadi topik perbincangan, seolah-olah bazar kini sinonim dengan istilah’cekik darah’.
Seorang pengguna media sosial, Joe Azrul tampil menyuarakan pandangannya selepas ramai yang mengeluh kerana terpaksa berhabis sekitar RM100 hingga RM150 apabila berbelanja di bazar Ramadan.
Kebanyakan masjid menyediakan makanan berbuka sepanjang bulan Ramadan. -Gambar hiasan
“Pergi bazar habis RM100, habis RM150. Awak mengeluh, mengeluh. Seperti semua orang salah kecuali kau.
“Yang menjadikan makanan tu mahal sebenarnya ialah lifestyle (gaya hidup) dan nafsu,” ujarnya.
Menurutnya, perbelanjaan dapat dikurangkan sekiranya seseorang membeli makanan secara bijak dan mengikut keperluan.
ARTIKEL BERKAITAN:Pekerja lain tak sembahyang, staf baru masuk dakwa dipecat tanpa amaran sebab solat lama sangat
ARTIKEL BERKAITAN:Niat mahu bantu gerai ‘sendu’, wanita dapat jawapan lepas makan 4 kuih dibeli! Serba salah nak tegur peniaga bazar
Malah, alternatif berbuka di masjid juga boleh menjimatkan belanja di bulan puasa keranamakanan disediakan secara percuma hasil infaq orang ramai.
Namun, ada individu yang enggan mengambil peluang ini kerana menganggaphidangan di masjid tidak mencukupi atau berasa segan kerana memikirkan lebih ramai individu susah memerlukan makanan infaq.
“Betul, harga makanan mahal, tapi kau tak perlukan air dua jenis, tak perlukan roti john dan murtabak, tak perlukan kuih tiga paket. Sudah ada nasi, beli pula laksa.
Kau rasa tak cukup, ada juga golongan yang rasa malu.
JOE AZRUL
“Nak murah, berbuka di masjid (percuma makanan infaq). Tapi kau tak nak sebab ada masjid bagi makanan yang dibungkus, seketul kuih dan kurma
“Kau rasa tak cukup, ada juga golongan yang rasa malu,” luahnya.
Netizen turut bersetuju dengan pandangan Joe menerusi hantaran yang dibuat mengenai pembaziran membeli makanan di bazar.
Komen netizen di media sosial.
Jika diteliti di ruangan balas hantaran, ramai juga berkongsi pengalaman masing-masing.
“Setuju sepenuhnya. Semalam saya hanya belanja RM16 untuk nasi ayam Thai, nasi goreng dan murtabak. Cukup untuk dua orang, Alhamdulillah kenyang dan tak membazir.
“Suami saya wajib beli murtabak dan kuih sikit. Tapi setiap kali saya akan ingatkan jangan beli berlebihan dan membazir. Alhamdulillah, tahun ini lebih terkawal,” kata beberapa netizen.