RSS Suria

Fattah Amin tak dihalang jumpa anak, perkongsian di IG hanya salah faham

PELAKON Fattah Amin tidak pernah dihalang daripada bertemu dengan anak perempuan tunggalnya iaitu Nur Fatima Aisya.

Sebaliknya kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bekas isterinya iaitu aktres Nur Fazura sentiasa memberi kerjasama berhubung soal anak perempuan mereka.

Menjelaskan kekeliruan mengenai perkongsian tidak dapat bertemu dengan Fatima baru-baru ini, bukan sebab dihalang sebaliknya anaknya itu berada dalam keadaan tidak sihat untuk berjumpa dan di bawa keluar.

Fattah tidak mempunyai halangan untuk bertemu Fatima.

Fattah tidak mempunyai halangan untuk bertemu Fatima.

“Saya tak dapat jumpa Fatima sebab keadaan dia tidak sihat ketika ini. Sebagai bapa saya perlu faham keadaan dan perasaan dia.

“Saya tak boleh paksa dia untuk berjumpa saya. Perkongsian itu hanya sekadar luahan hati seorang bapa sahaja.

“Fazura memberi kerjasama yang baik berkaitan anak kami. Tiada sesiapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak dapat luang masa bersama anak, Fattah Amin minta doakan Fatima segera sembuh

ARTIKEL BERKAITAN:Tengah laris bukan alasan abai tanggungjawab, anak tetap keutamaan Fattah Amin

Fattah menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura pada Jumaat.

Aktor itu hadir ke acara tersebut sebagai salah seorang peniaga dan duta kepada produk pakaian jenama Amber.

Dalam pada itu, Fattah terkilan apabila dia dikatakan mengabaikan anak kerana terlalu sibuk bekerja.

Saya tak dapat jumpa Fatima sebab keadaan dia tidak sihat ketika ini.

FATTAH AMIN

PELAKON

Menyangkal perkara itu, Fattah sebaliknya menjelaskan tidak semua saat bersama anak dikongsi kepada umum.

“Ada pihak kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak, memang terkilan dengan tuduhan seperti itu.

“Takkanlah setiap kali saya jumpa anak perlu muat naik gambar atau video semata-mata untuk tunjuk kepada semua orang.

Fattah ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan di Singapura.

Fattah ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan di Singapura.

“Cuma ada masanya saya rasa nak kongsi saya akan muat naik di media sosial,” jelasnya.

Justeru, Fattah berharap tuduhan seperti itu dapat dihentikan segera.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun pasangan itu bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top