RSS Suria

Isteri Aliff Syukri tak percaya orang luar, sanggup luang masa teman anak bekerja

DEMI memastikan keselamatan terjaga, isteri usahawan Datuk Aliff Syukri sanggup menemani anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra jika mempunyai urusan pekerjaan di luar.

Melihatkan perkembangan Qadejah dalam dunia hiburan, Datin Seri Shahida, 40, berkata dia tidak mempercayai mana-mana individu untuk diberi tanggungjawab dalam menjaga anak perempuannya itu.

“Dulu kita jaga dari kecil, bila tengok perkembangan dia tak sangka pula sekarang dah menyanyi pula.

Qadejah dilihat semakin aktif dalam bidang seni.

Qadejah dilihat semakin aktif dalam bidang seni.

“Bagi saya dia kena pandai jaga diri, sekarang ini dia pergi bekerja pun saya kena teman sebab dekat luar tu ada macam-macam orang.

“Walaupun saya sibuk, saya tetap akan luangkan masa untuknya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu dia tidak pernah menghalang minat Qadejah sekiranya remaja itu ingin meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN:Shahida lega bukan kanser, anak perempuan Aliff Syukri dijangkiti bakteria daripada kucing

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Lelaki berkumis tebal suami baharu Bonda Rozita? Menantu tak berani buka mulut, suruh tanya tuan badan

Kata Shahida, Qadejah dilihat mengikut jejak langkah bapa dan neneknya iaitu usahawan Rozita Ibrahim yang mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi.

“Saya sokong sahaja apa yang dia lakukan. Kadang-kadang saya tak sangka dah besar anak saya, sedih juga.

“Antara anak-anak saya memang nampak Qadejah ni lebih ke depan dalam dunia hiburan sebab memang dia minat.

Shahida tidak mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya.

Shahida tidak mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya.

“Dia pun pandai bercakap. Saya tak pernah latih dia untuk berkomunikasi, saya beri pendidikan sama kepada semua anak-anak tetapi mungkin Qadejah ada bakat tersendiri yang diwarisi daripada nenek dan bapanya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Qadejah muncul dengan lagu raya baharu berjudul Raya GenZ nyanyian bersama anak perempuan usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B, Alyssa Dezek dan Puteri Azzahra.

Muzik video Raya GenZ sudah boleh ditonton di saluran YouTube bermula 28 Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top