TEKNIK sublet bermaksud penyewa menyewakan rumah yang disewa mereka kepada individu lain menerusi perjanjian yang dibuat dengan tuan rumah.
Secara ringkasnya, kebenaran untuk sublet bergantung kepada budi bicara dan persetujuan pemilik kediamankerana teknik ini mempunyai banyak riisiko.
Bagi mengurangkan risiko, lazimnya terma dan syarat ada dinyatakan dalam perjanjian sewa rumah antara pemilikdengan penyewa utama.
Dalam satu hantaran di aplikasi Threads, seorang ejen hartanah berkongsi situasi di mana pemilik kediamanmencari penyewa di rumah yang disewa namun individu itu gagal ditemui.
Rumah sewa atau bilik sewa menjadi keutamaan individu yang berhijrah. -Gambar hiasan
Memberikan nama samaran penyewa utama sebagai Ahmad, katanya, Ahmad bagaimanapun didapati ‘hilang’ sebaliknyayang menyewa rumah itu adalah individu tidak dikenali oleh pemilik kediaman.
Pelayar tersebut turut meminta pandangan warga maya apa yang perlu dilakukan jika berdepan situasi seperti ini.
“Apa tindakan korang, kalau jadi macam ini. Korang sewakan rumah kepada Ahmad.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’
ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah, tinggalkan hutang dan sewa tertunggak! Tuan rumah gigit jari tak minta deposit, siap bagi pinjam duit
“Tapi apabila korang datang beberapa bulan kemudian untuk jenguk rumah, orang lain yang sewa rumah korang.
“Ahmad bagaimanapun hilang,” tulisnya dalam hantaran di media sosial.
Postingnya itu mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya berkongsi idea dan pengalaman sama.
Banyak macam tu sekarang ni, sewa rumah banyak-banyak dan buat bisnes sewa rumah.
NETIZEN
Warganet berpandangan, Ahmad bukan sahaja gagal bertanggungjawab terhadap rumah yang disewamalahtindakannya juga salah kerana tidak berbincang dengan pemilik untuk menyewakan rumah itu kepada individu lain.
“Banyak macam tu sekarang ni, sewa rumah banyak-banyak dan buat bisnes sewa rumah.
“Kalau saya tahu penyewa asal buat begini, saya suruh penyewa baharu bayar terus kepada saya.
“Dapat tahu rumah tu disewa atas sewa, saya ajak semua kawankeluar dan menyewa di rumah lain.
Teknik sublet banyak dilakukan oleh penyewa yang mahu menjana pendapatan atas persetujuan pemilik rumah.
“Belum lagi kes beri sewa rumah tapi rumah bersepah penuh sampah, pokok rupa hutan amazon.
“Memang ada macam ni, saya pernah kena dan menyusahkan.
“Pernah jadi pada saya dan tuan rumah datang cari penyewa asal. Pemilik rumah suruh individu tu keluar rumah dan tandatangan kontrak,” demikian antara komen netizen yang merupakan penyewa dan pemilik kediaman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube