MENDAPAT pujian ramai ketika mengendali Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sebelum ini bukan alasan buat penyanyi Sissy Imann mendabik dada.
Bagi Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, tidak sedikit pun terlintas dalam hatinya bersikap riyak selain mula bersikap ‘demand’ dalam menerima tawaran.
Malah dia juga masih terbuka bekerjasama dengan mana-mana program berbeza selepas ini.
Sissy berbsar hati mendapat pujian ramai.
“Tidak rasa pun nak demand. Dalam program yang saya buat sekarang ini pun saya digandingkan dengan pengacara baru.
“Walaupun saya bukanlah orang lama, tapi bila bekerja dengan pengacara baru saya dapat belajar sesuatu dan kenang semula pengalaman sebelum ini,” katanya kepada mStar.
Dalam acara AJL39 yang berlangsung pada 16 Februari lalu, Sissy digandingkan dengan seorang lagi pengacara berpengalaman iaitu Naz Rahman.
ARTIKEL BERKAITAN:Naz sifatkan Sissy Imann hos ‘ada otak’, teruja bergandingan di AJL39
ARTIKEL BERKAITAN:Pak Nil harap Naz dan Sissy kekal hos AJL, Faizal Ismail pula anggap ‘cycle’ baharu dunia pengacaraan
Memberi satu yang berbeza, ramai memberi komen positif terhadap Sissy apabila dia banyak berkongsi ilmu bermanfaat tentang dunia muzik sepanjang AJL39 berlangsung.
Mengimbas kembali detik berkenaan, penyanyi ini memberitahu dia tidak sedar tentang pujian itu sehingga diberitahu seorang kenalan.
“Ketika dan selepas acara berlangsung saya tidak membaca komen di sosial media sebab takut. Walau ramai yang ucap tahniah saya anggap ia hanyalah ucapan biasa.
Syukur apa saya lakukan diterima penonton
SISSY IMANN
PENYANYI/PENGACARA
“Keesokannya saya terus ke Taiwan dan di sana barulah diberitahu bahawa ramai puji. Syukur apa saya lakukan diterima penonton,” ujarnya.
Bukan hanya pujian, kejayaan di pentas AJL39 juga telah membuka ruang buat Sissy menerima lebih banyak tawaran termasuk pengacara acara korporat.
Dia bagaiamanapun memberitahu masih belum bersedia untuk menerima tawaran sebegitu kerana kurang keyakinan.
Gandingan Naz dan Sissy disukai ramai.
“Tak sangka banyak tawaran datang untuk acara korporat termasuk majlis makan malam dan pelancaran produk. Tapi saya masih belum berani lagi terima.
“Program di televisyen dengan acara sebegitu berbeza. Jika majlis begitu saya kena tahu kawal majlis tanpa bantuan produksi. Semuanya atas diri sendiri.
“Jika ada keyakinan nanti saya akan terima,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!