RSS Suria

Mimpi ngeri 3 hari hantar anak rumah pengasuh! Kepala bayi umur 3 bulan dibiar teleng tonton TV

BAGIibu bapa yang bekerja, menghantar anak ke rumah pengasuh adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun rata-rata mak ayah berat hati untuk melakukannya kerana risau berlakukejadian tak diingini, namun mereka tiada pilihan melainkan berdoa dan berserah agar si kecil selamat dalam jagaan orang lain.

Seorang ibu berkongsi di media sosial bagaimana dia terpaksa berdepan pengalaman ‘ngeri’ bersama seorang pengasuh.

Katanya, pengalaman selama tiga hari menghantar anak kepadapengasuh berkenaan tidak akan dilupakan dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada ibu bapa lain.

Ramai ibu yang terpaksa membuat keputusan meninggalkan anak-anak dalam jagaan pengasuh.

Ramai ibu terpaksa membuat meninggalkan anak-anak dalam jagaan pengasuh. -Gambar hiasan

“Ini anak pertama dan saya tiada pengalaman. Banyak tersilap dan terlepas pandang.

“Saya nak jadikan kisah saya sebagai pengajaran buat ibu bapa lain dalam soal mencari pengasuh,” katanya memulakan cerita.

Menurut wanita ini, ketika dalam pantang lagi dia sudah mula mencari individu yang boleh menjaga bayinya setelah masuk usia tiga bulan.

Antara kriteria pengasuh yang dimahukannya adalah dia tidak menjaga terlalu ramai anak asuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti… Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh selalu bagi bayi tengok TV, ibu muda nak tegur tapi takut sentap! Terhutang budi sebab sudi jagakan anak

“Kakak (pengasuh) ni WhatsApp saya dan beritahu dia ada dua anak asuhan dan nak cari seorang lagi.

“Dia beritahu memang nak jaga tiga anak asuhan sahaja dan memenuhi kriteria saya. Saya kemudian beritahu akan ke rumahnya terlebih dahulu sebelum buat keputusan,” katanya.

Wanita ini memberitahu, pengasuh berkenaan bagaimanapun memaklumkan bahawa pada waktu itu terdapatibu bapa lain juga bercadang untuk menghantar anak untuk dijaga olehnya.

Ibu ini berkata, pengasuh berkenaan memberitahu dalam beberapa hari lagi ada orang lain juga hendak ke rumahnya.

IBU

“Jadi, saya terasa ada persaingan. Disebabkan begitu, saya terus suruh suami pergi ke rumahnya dan saya tak ikut sebab masih dalam pantang.

“Dia macam suruh buat keputusan cepat. Lepas suami balik dari rumahnya, kalau setuju perlu bayar yuran tempahan, barulah dia (pengasuh) tak ambil anak asuhan lain.

“Saya bodoh tak fikir panjang untuk cari pengasuh lain, saya pun bank in lah. Saya bayar yuran sebulan penuh sebab dia suruh bank in awal setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun, banyak kejadian aneh berlaku apabila dia mula menghantar bayinya ke rumah pengasuh berkenaan.

Hari pertama, pengasuh tersebut dikatakan banyak mengadu dan mengeluh tentang anak wanita ini.

Ibu ini membayar yuran pengasuh penuh seperti diminta. - Gambar hiasan

Ibu ini membayar yuran pengasuh penuh seperti diminta. – Gambar hiasan

“Dia (pengasuh) cakap saya tak beritahubadan anak ada bekas melecet, tuduh bekas melecet tu lebam. Siap cakap nak pulangkan duit. Saya mengaku salah saya.

“Kemudin, pengasuh mengadu anak saya asyik mahudipegang, sedangkan di rumah tidak. Anak saya okay bila letak atas tilam.

“Malah, hari pertama lagi diaminta saya ambil anak awal sebab ada kematian,” luahnya.

Ketikadia dan suami menjemput anak dari rumah pengasuh, mereka terkejut melihat bayi mereka dibiarkan menonton televisyen dengankepala terteleng.

“Bayangkan berapa lama anak saya dibiarkan hadapan televisyen sambil duduk dalam bouncer.

“Kepala dibiarkan teleng. Pengasuh itu sendiri WhatsApp yang dia memang biarkan anak saya tengok televisyen.

“Balik tu saya cakap pada suami, ini bukan cara betul untuk jaga bayi. Kitaorang juga fikir duit dah bayar, bukan sikit dia minta. Saya pun buat keputusan nak bagi peluang,” ujarnya.

Masuk hari kedua, timbul pula ‘isu’ lain berkaitan buaian elektrik yang dihantar ke rumah pengasuh rosak.

Menurut wanita ini, bayinya tiada masalah tidur atas tilam namun lebih nyenyak jika diletakkan dalam buai.

“Nak dijadikan cerita, dia WhatsAppberitahu buai rosak. Saya beritahu akan beli online, sampai nanti saya beri.

“Keesokan harinya, hari ketiga. Dia merungut lagi anak saya tidur tak nyenyak tanpa buai. Petang tu dia WhatsApp tanya pasal buai bila sampai.

“Saya beri dia buai elektrik atas ihsan, tapi caranya mendesak tu macam satu kewajipan pula perlu sediakan segera,” katanya.

Tidak tahan berdepan situasi ini, dia terus menghubungisuami untuk mengadu dan memaklumkan mahu menukar pengasuh.

Ketikasedang membuat carian di Facebook, dia ternampakpostingpengasuh berkenaan yang menghebahkan bahawa dia mencari tiga anak asuhan.

“Saya terus menangis dan ambil anak. Suami yang selesaikan selebihnya dengan pengasuh berkenaan.

“Kami beri alasan ibu saya hendak jaga anak kerana malas panjangkan cerita. Malam tu juga cari pengasuh lain.

“Alhamdulillah, rezeki Allah bantu. Saya jumpa Mama Aini, pengasuh anak saya sekarang,” ujarnya lagi.

Jelasnya, pengasuh baharu ini tidak banyak merungut malahmengakui anaknya tidur nyenyak tanpa buaian dan tidak banyak ragam.

“Pengasuh baharu kata, anak saya sangat senang jaga. Jadi saya langsung tak menyesal tukar pengasuh. Biarpun duit yuran hangus.

“Tahu tak, sebagai manusia rasional pasti akan pulangkan duit asuhan, tapi pengasuh itu tidak. Katanya kalau nak hantar anak bila-bila pun boleh sebab ada baki duit,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top