RSS Suria

Ibu terkedu lihat bayinya berpanas di khemah ikan bakar bazar, pengasuh kantoi bisnes cari duit raya

NAMPAK saja baik dan penyayang, tapi di belakang lain pula perangainya!

Luluh hati seorang ibuapabila mendapat tahu anak perempuannya yang berusia lima bulandibawa oleh pengasuh yang selama ini diletakkan kepercayaan pergi berniaga di bazar Ramadan.

“Masa saya dapat tahu tu, ya Allah, rasa nak tercabut jantung saya ni.

“Kita punya la jaga anak kita. Tapi orang buat anak kita macam tu je. Sedih sangat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Ikan bakar antara menu pilihan ramai di bazar Ramadan. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, pengasuh berkenaan hanya memberitahu dia mahu berniaga dari rumah bagi mencari pendapatan sampingan.

“Mula-mula dia cakap dengan saya, dia nak tolong kakak ipar berniaga dari rumah. Rupanya berniaga dekat bazar.

“Dah laduduk kat Sungai Besi, dia berniaga kat Wangsa Maju. Jauh dia bawa anak saya. Kami tak pasti dia naik motosikalatau kereta, harapnya naik keretalah,” ujarnya.

Dia kemudian mendedahkan bagaimana ‘rahsia’ anak sulungnya itudibawa oleh pengasuh berniaga di bazar Ramadan boleh terbongkar.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak meragam lepas orang tak dikenali datang usap kepala, kejadian sebelum waktu berbuka kekal misteri

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda berduit terkedu harga bihun goreng dan ayam di bazar Ramadan, simpati jika pelanggan B40 yang beli

“Dia WhatsApp saya cakap tak sempat nak balik Sungai Besi, lepas tu suruh kami ambil anak kat Wangsa Maju.

“Kami datang ke Wangsa Maju, dia suruh ke bazar Ramadan pula. Masa itulah saya nampak anak saya duduk kat bawah khemah tempat dia berniaga.

“Masa tu dia jual ikan bakar. Memang berasap-asap khemah dia,” ujarnya.

Hari terakhir kami hantar tu rupanya suami dia yang jaga kat rumah, dia berniaga kat bazar.

PELANGGAN

Walaupun kejadian itu berlaku sembilan tahun lalu iaitu pada 2016, namun ia masih berbekas di ingatannya.

Malah, menjelang hari terakhir anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan juga berlaku sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. -Gambar hiasan

“Hari terakhir kami hantar anak tu rupanya suami dia yang jaga kat rumah. Dia berniaga kat bazar.

“Anak saya perempuan, memang macam-macam fikir. Bila ingat balik, memang sedih betul,” luahnya.

Justeru, dia menitipkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana agar berwaspada apabila menghantar anak untuk dijaga di rumah pengasuh.

Pada masa sama, dia turut menyarankan semua pengasuh juga supaya amanah mencari rezeki dengan menjaga anak orang.

“Lebih baik jangan ambil pengasuh yang ada pendapatan sampingan lain ni.

“Bahaya sebab dia tak fokus dengan anak kita pun. Dia hanya nak buat tambah duit je,” katanya yang masih trauma setiap kali mendengar kes penganiayaan membabitkan pengasuh.

Scroll to Top