DALAM kehidupan rumah tangga, kepercayaan dan kejujuran terhadappasangan adalah tunjang utama kebahagiaan.
Namun, tidak dinafikan perasaan tidak yakin dan rendah diriboleh timbul apabila ada kisah silam pasangan yang masih tidak dapat dilupakan.
Begitulah perasaan seorang wanita yang meluahkan kekecewaan apabila suaminya berkeras untuk menghadiri sebuah majlis berbuka puasayang turut dihadiri bekas teman wanitanya.
Seorang wanitatidak selesa dengan keputusan suami untuk berbukadi luar. -Gambar hiasan
“Suami nak hadiri iftar yang ada bekas kekasih (bekas kawan rapat saya juga). Majlis berbuka puasa tahunan juga dengan kawan-kawan lain.
“Saya dan suami kahwin selepas setahun mereka putus hubungan. Sudah tiga tahun pun kami berumah tangga dan ada anak. Lepas kahwin, hubungan saya dengan bekas kekasih dia tak rapat.
“Jadi bila ada majlis tu saya tak bagi suami hadir… entah la sebab inferior (rendah diri). Macam mana nak jelaskan ya perasaan tu,” katanya memulakan cerita.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita derita bakal suami terpaksa nikahi ex-GF walau masih sayang dirinya, terlanjur ketika keluar bersama
ARTIKEL BERKAITAN:Jumpa kotak rahsia di rumah mentua, isteri baca kuat-kuat surat cinta suami untuk bekas-bekas kekasih – “Saya pun salah seorang ex dia”
Wanita itu juga mendedahkan bahawa perasaan sebegitu mula timbul selepas dia secara tidak sengaja terjumpabarangan lama milik suamiyang masih menyimpan kenangan bersama bekas kekasihnya itu.
“Lepas kahwin, masa kemas barang, saya terjumpa gambar-gambar dia dengan ex-GF(bekas teman wanita), surat cinta dan segala perbualan mereka di WhatsApp serta Instagram.
“Lebih menyakitkan hati, caption gambar kahwin kami di Instagram pun guna ayat kegemaran ex-GFdia dulu. Sejak itu, saya selalu rasa yang saya ni cuma rebound (tempat lepas kesepianselepas putus cinta)je untuk suami,” tambahnya dengan nada kecewa.
Situasi ini membuatkan dia semakin ragu-ragu dengan keikhlasan suaminya dalam perkahwinan mereka.
Cakap je awak tak suka tapi jangan mengamuk.
NETIZEN
Dia turut meluahkan rasa kecil hati kerana suaminya tidak mempertimbangkan perasaannya dan berkerasmenghadiri majlis berbuka puasa tersebut setiap tahun.
“Jadi sekarang ni saya tengah rasa ‘down‘ (kecewa) sangat sebab dia teruja nak pergi iftar tu setiap tahun tanpa fikirkan perasaan saya. Mungkin saya je fikir terlebih-lebih,” jelasnya.
Luahan wanita ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai pendapat.
Ada yang bersimpati dengan nasibnyadan menyarankan agar dia berkomunikasi secara terbuka dengan suami.
Komen netizen di media sosial.
“Tidak, jangan menidakkan perasaan awak. Awak bukan overthinking. Tapi kalau suami nak pergi, apa kata awak pun ikut sekali? Tunjukkan yang awak tenang dan boleh bergaul juga.
“Jangan tunjuk rasa inferior, stay composed (kekal tenang). Masa tu awak boleh tanya dia dengan baik kenapa masih simpan semua benda tu.
“Awak boleh tanya kenapa masih simpan barang awak terjumpa tu. Cakap je awak tak suka tapi jangan mengamuk. Kalau tak bagi dia pergi, takut lagi dia buat benda belakang awak,” komen netizen.
Untuk makluman, rebound relationship bermaksudhubungan yang berlaku secara’segera’ setelah seseorang putus cinta, biasanya sebagai cara untuk mengatasi rasa sakit atau kesepian.