KALAU anda sedang mencari bufet berbuka puasa bajet tetapi sedap, restoran ini memang pilihan terbaik!
Bufet Ramadan yang ditawarkan di Restoran Tanjung Puteri ini cuma berharga RM25, seorang dengan 25 sajian masakan Melayu berbeza setiap hari.
Di sini, pengunjung boleh menikmati hidangan enak air tangan Cef Zainal Abd Rahman yang menyelerakan, setaraf rasa hidangan klasik di hotel mewah.
Antara menu klasik yang disajikan di Restoran Tanjung Puteri.
Menariknya berbuka di sini, setiap hidangan ibarat berharga RM1, tidak kira pilihan masakan seperti ayam, daging dan sebagainya.
Antara menu menarik dan memikat selera termasuklah daging masak kicap, ayam padang, sambal tumis ikan bilis petai, gado-gado, ikan goreng berlada dan paling istimewa laksa Johor.
Tidak ketinggalan juga kuih muih tradisional seperti onde-onde, kaswi, koci, cucur udang dan banyak lagi.
Bufet Ramadan RM25 bagi 25 jenis sajian.
Pendek kata, memang sangat berbaloi berbuka di sini kerana dengan hanya membayar RM25, pengunjung boleh menikmati hidangan sebanyak mana yang mereka mahu.
Terletak di medan makan Sri Hartamas 2, Kuala Lumpur, restoran ini mampu menampung sekitar 100 orang di bahagian dalam dengan selebihnya di kawasan luar (khemah).
Ia juga dilengkapi dengan kemudahan surau untuk memudahkan pengunjung solat.
Setiap tahun, restoran ini sering mendapat sambutan menggalakkan sepanjang bulan Ramadan.
Terdapat kuih muih tradisional seperti onde-onde, kaswi, koci, cucur udang dan banyak lagi.
Namun, pengunjung disarankan membuat tempahan awal terutamanya jika merancang untuk berbuka pada hujung minggu kerana ia sering dipenuhi pelanggan.
Dengan suasana selesa dan aneka pilihan makanan, lokasi ini menjadi tempat yang sangat sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Cef Zainal terkenal dengan kepakaran hidangan Laksa Johor.
Jadi, jangan lepaskan peluang menikmati bufet Ramadan ini hanya dengan RM25 bagi dewasa manakala RM15 bagi kanak-kanak bermula dari 6 Mac hingga 29 Mac 2025.
Untuk tempahan, anda boleh terus berkunjung ke Restoran Tanjung Puteri atau hubungi 0111 6696 525