KETIKA ramai yang ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadan bagi mengejar pahala berpuasa, ada jugaindividu yang jahil dan mengambil ringan rukun Islam ketiga ini.
Sudahlah tidak berpuasa, malah tanpa segan silu membuat pengakuan secara terang-terangan.
Apa yang lebih memalukan, pengakuan ini bukannya dibuat oleh wanita yang diberi pengecualian berpuasa kerana uzur, sebaliknya olehlelaki dewasa!
Lebih memalukan apabila ada lelaki Islam yang tanpa segan silu menikmati makanan di restoran. -Gambar hiasan
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang individu yang bekerja sebagai juruwang selepas menyaksikan sendiri situasi ini.
“Bila dah jadi cashier ni baru sedar betapa banyaknya lelaki yang tak puasa senyap-senyap.
“Sekadar peringatan, saya mungkin tak beritahu sesiapa tapi Allah sedang melihat kamu. Be wise guys, dah besar kot,” tulisnya dalam hantaran tersebut untuk memberi teguran.
ARTIKEL BERKAITAN:Duit ada tapi wanita bujang ini suka buka puasa di masjid sepanjang Ramadan… Tapi risau pula orang label kedekut
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala
Menurut individu berkenaan, dia amat mengenali dan dapat membezakan antarapelanggan lelaki Muslim dan bukan Muslim.
“Lagi-lagi lepas solat Jumaat, pakai baju Melayu, bincang tak puasa depan cashier. Stop tau guys.
“Nak tahu tak conversation diaorang depan saya? Diaorang cakap macam ni, ‘aduh penatlah’, ‘ohh kalau penat kau batal puasa la ek?’.
“Lelaki tu sengih je sambil buka botol tu dan minum,” tulisnya lagi.
Semua bermula dengan niat. Dah memang tak ada niat memang tak jadilah.
NETIZEN
Perkongsian individu tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Selain berkongsi pengalaman sendiri, rata-ratanya berpendapat walaupun seseorang dibolehkan tidak berpuasa tetapi ia bukan tiket untuk mereka menunjukkannya di khalayak.
Netizen berkongsi pandangan terhadap perkongsian berkenaan.
“Semua bermula dengan niat. Dah memang tak ada niat memang tak jadilah. Lepas tu boleh pula minum depan orang ramai? Adab mana?
“Ayah saya dah 70 tahun, gastrik, dialisis… Alhamdulillah puasa penuh. Akhirnya yang lemah bukan tubuh badan tetapi iman. Balik persoal dan tanya iman kita bagaimana.
“Yang lagi memalukan non-muslim sekarang pungigih nak berpuasa macam kita… meanwhile lelaki Malaya dengan selamba hisap rokok dan vape, minum air,” antara komen netizen.