RSS Suria

Dua hari tak balas mesej, tunjuk sayang cuma masa mula bercinta… Wanita nekad tinggalkan BF redflag

APABILA sudah menyayangi seseorang, kita akan memberi sepenuh hati kepadanyadan berharaphubungan cinta yang terjalin akan bertahan sehinggajenjang pelamin.

Namun setiap percintaanpasti ada pasang surutnya dan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Fasa bercinta, seseorang itu mudah terasa hati dan sensitif, sehingga perkara kecil pun boleh mencetuskan perasaan kecewa atau sedih.

Komunikasi adalah kunci kepada kebahagiaan setiap pasangan. -Gambar hiasan

Demikian situasi dialami oleh wanita ini yang meluahkan rasa sedih bercampur terkilan lantaran teman lelakitidak membalas mesej kirimannya.

“Mesej saya sejak dua hari lalu dia masih belum baca. Baca sekejap pun tak boleh eh? Payah sangat ke?” tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman sosial.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut berkongsi tangkap layar (screenshot) mesej yang dihantar menerusi aplikasi iMessage kepada lelaki tersebut.

“Ubat jangan lupa,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita sentap… depan mata suami beri hadiah hari lahir buat adik, isteri sendiri dilupakan – “Kalau merajuk pun takkan dipujuk”

ARTIKEL BERKAITAN:Baca WhatsApp isteri dengan BFF, suami ‘sentap’ anggap buka aib famili – “Luah dekat dia mesti akan bergaduh”

Namun status yang tertera pada mesej kiriman tersebut sekadar ‘delivered’ (sudah dihantar), bermakna ia belum dibaca oleh penerimanya meskipun sudah dikirimdua hari lalu.

Biarpun sedih, wanita tersebut berkata dia enggan terlalu memaksa kekasihnya memberi penjelasan sebaliknya menganggap lelaki itu berkemungkinan sudah menemui cinta baharu.

Dah pernah kena macam ni. Welcome to the club. Better tinggalkan dia sebelum ditinggalkan.

NETIZEN

“Saya rasa dia mula hilang minat dah pada saya. Hari tu macam beria. Sekarang saya yang terlebih beria.

“Ini kali pertama kena dan akan menjadi yang terakhir. Ia sangat menyakitkan. Saya anggap ini self-learning. Perlahan-lahan saya akan okay, Insya-Allah. Ambil masa sikit saja,” luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya tampil memberikan nasihat dan kata semangat buat wanita iniselainmenyarankannya supayaberundur selepas menyedari redflag yang ditunjukkan teman lelaki.

Netizen tampil memberikan kata semangat buat individu berkenaan.

“Awak ada nilai sendiri, pergi cari seseorang yang akan menghargai kewujudan, usaha dan masa awak.

“Jual mahal, move on, dan ketahui nilai awak. Jangan pernah biarkan seseorang membuat awak mempersoalkan nilai sendiri.

“Dah pernah kena macam ni. Welcome to the club. Better tinggalkan dia sebelum ditinggalkan,” demikian komen netizen.

Scroll to Top