SELEPAS tular video bergaduh dengan seorang pempengaruh dari Singapura dikenali sebagai Mangobossku, pengacara dan penyanyi Roslan Shah tidak bersetuju jika netizen menganggap content itu sebagai gimik murahan.
Menurut Roslan, 53, video kontroversi itu merupakan satu teknik pemasaran yang terbukti mampu memberikan impak kepada peniagaan mereka berdua.
“Tiada istilah gimik murahan, siapa yang buat kandungan media sosial pastinya nak jumlah tontonan yang tinggi.
Jualan makin meningkal selepas prank Mangobossku terhadap Roslan tular.
“Itu semua adalah salah satu teknik pemasaran, saya pun tak suka sangat buat-buat gaduh ni tapi kerana impak dia sangat menjadi.
“Kandungan video yang kita buat itu bukan niat nak cari publisiti tapi sebab nak perkenalkan barang yang dijual,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Mangobossku atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said pula mengakui kolaborasi bersama Roslan memberi impak cukup besar buat perniagaannya.
Dedah Hussin, dia berjaya mencapai hasil jualan keseluruhan sebanyak SGD400,000 (RM1.3 juta) selepas seminggu beroperasi.
ARTIKEL BERKAITAN:7 tahun bermusuh, Ifa Raziah dan Roslan Shah akhirnya berdamai
ARTIKEL BERKAITAN:Konon nak bagi job, Roslan Shah rugi RM1,000 ditipu individu mengaku staf stesen TV… “Dia kata ibu sedang tenat”
“Alhamdulillah lepas seminggu Ramadan, impak daripada kandungan video saya bersama Roslan sangat menjadi.
“Saya ada 12 kedai dan jumlah jualan keseluruhan yang sudah saya peroleh sebanyak SGD400,000 (RM1.3 juta).
“Jadi saya sasarkan sebanyak SGD3 juta (RM10 juta) sebelum menjelang raya nanti,” jelasnya.
Roslan sebelum ini didakwa mencuri duit milik Mangobossku.
Sebelum ini, tular video di media sosial mendakwa kononnya Roslan mencuri duit daripada Hussin sebanyak SGD20,000 (RM66,000).
Bagaimanapun selepas beberapa hari, mereka memberitahu itu hanyalah prank yang dibuat sebagai salah satu teknik pemasaran mereka.
Malah Hussin memberitahu dia sengaja melakukan perkara itu untuk melihat sejauhmana keikhlasan dan kejujuranRoslan apabila mereka menjalinkan kerjasama itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!