RSS Suria

Best dengar Tum Tum Raya Shiha Zikir tapi mana nilai sopan santun?

SETIAP kali nak menjelang Syawal, ramai selebriti tanah air tampil dengan lagu Hari Raya berserta konsep masing-masing sehingga ada diantaranya mencetuskan kontroversi.

Sebagai contoh bagaimana usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meroskakkan karya dengan memaparkan klip video sekumpulan lelaki berkelakukan aneh dan tidak sopan untuk lagu rayanya, Love Raya sebelum ini.

Pada tahun ini pula, Shiha Zikir mencuba nasib menghasilkan klip video Tum Tum Raya dengan teknik suntingan ‘fast cut’ dan ‘slow motion’.

Lagu Shiha lain dari kebiasaan.

Walaupun ia dilihat sebagai sebuah karya kreatif tetapi seolah-olah kurangnya nilai dan sopan santun yang harus diangkat dalam klip ini untuk sebuah karya Syawal.

Bagi Shiha, kolaborasi bersama kakaknya Ieda Zikir dalam Tum Tum Raya adalah sebuah kelainan dan karya luar biasa kerana menekankan elemen tradisional dan moden yang lebih ‘catchy’.

Tidak hanya itu, ia juga menyelitkan nyanyian rap sekali gus menimbulkan perbezaan daripada kebiasaan lagu raya lain yang turut mengetengahkan tarian berbeza dengan meletakkan kesan ‘slow motion’ untuk memukau penonton walaupun sesetengah orang akan mengkritiknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Shiha Zikir gagal kawal sikap panas baran, pernah terbalik meja di kedai makan… Isu remeh pun boleh ‘trigger’ kemarahan

ARTIKEL BERKAITAN:Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula… “Rasa puas dapat kongsi rezeki”

Lagu ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan dan Shiha Zikir ini juga dirakam di dalam studio dengan lima set berbeza.

“Penggambaran berlangsung dalam studio besar dengan lima set berbeza memang puas hati! Tapi bukan senang, nak pastikan gerakan tarian ngam dengan tempo lagu sambil lip sync pun boleh buat sakit urat!

“Paling menarik, nak efek laju kena rakam ‘slow’, nak slow motion kena rakam laju unikkan?,” kongsinya.

Tarian dan warna di muzik video jadi perhatian netizen.

Baru lima hari dilancarkan, lagu Tum Tum ini sudah meriah 90,009 tontonan dan lebih 2,400 tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata penontonterhiburmelihat tarian serta nyanyian yang dibawa Shiha dan kakaknya itu.

Malah mereka juga memuji kemeriahan hari raya dibawa dua beradik itu menerusi muzik video mereka.

Shiha guna lima studio untuk merakamkan muzik video.

“Dah banyak kali dengar tak bosan! Terasa keceriaan Syawal. Shiha masuk air!

“Bukan lagu raya sedih-sedih macam selalu, memang kreatif dan ceria. Huru-hara!” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

KORANG TONTON SENDIRI MV TUM TUM RAYA SHIHA ZIKIR INI

Scroll to Top