KEHIDUPAN berumah tangga sering melibatkan kesepakatan suami isteri membuat keputusan bersama, terutamanya jika melibatkan perkara besar.
Salah satu situasi apabila isteri atau suami terpaksa berpindah ke tempat lain atas faktor tertentu seperti pekerjaan atau keluarga.
Begitu jugasituasi dilalui oleh wanita ini yang meluahkan rasa serba salah dan bimbang dilabelqueen control hanya kerana enggan mengikut suaminya berpindah ke kampung.
“Saya sebelum ni janda, ada anak lima orang. Bertemu jodoh baru dengan suami sekarang. Suami dua beradik sahaja. Mak ayah mentua sudah meninggal dunia.
Suami isteri sewajarnya berkomunikasi mengenai apa jua perkara agar tidak timbul salah faham. -Gambar hiasan
“Adik suami saya, perempuan dan belum berkahwin. Umur 30 tahun. Ada kerjaya, kereta, boleh berdikari sendiri. Tinggal di rumah lama yang orang tua duduki dahulu.
“Saya sedia maklum, adik ipar masih dalam tanggungjawab abangnya, iaitu suami saya selagi belum berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami menganggur tapi berduit… Kakak ipar panas buntut, selalu ‘cucuk’ mentua! Makan sedap sikit pun jadi isu
ARTIKEL BERKAITAN:Busuknya hati adik ipar! ‘Ajar’ abang suruh isteri bayar separuh komitmen bulanan, hasut jangan tanggung semua ‘loan’
“Isu sekarang, orang kerap suruh suami saya termasuk sekali sayalah balik pindah ke rumah tu untuk jaga adik dia. Tentang keselamatan adik yang tinggal seorang,” tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Menurut wanita ini, dia bukan enggan mengikuti suamitanpa sebab, sebaliknya perlu memikirkan anak-anaknya yang sudah bersekolah di tempat mereka tinggal sekarang.
Malah, rumah tersebut juga bukanlah rumah pusaka sebaliknya arwah ibu dan bapa mentuanya sebelum itu menumpang rumah kepunyaan saudara mereka.
Orang pandang buruk pada saya seperti saya atur suami supaya tidak menjaga adik dia.
PENGADU
“Saya tak mahu nak menumpang rumah orang dengan anak-anak saya yang tiada kaitan dengan keluarga mereka sebab saya tahu, ke depan nanti pasti akan banyak keburukan daripada kebaikan.
“Kalau adik dia masih bersekolah rendah atau menengah, saya boleh faham juga dia masih perlu diberi perhatian rapi. Tapi sekarang adik dia dah cukup-cukup dewasa untuk jaga diri sendiri.
“Umur 30 tahun, perlu ke si abang jaga makan pakai dia lagi?
“Orang pandang buruk pada saya seperti saya atur suami supaya tidak menjaga adik dia. Saya ni jahat ke sebab tak mahu pindah ke rumah itu?” tulisnya lagi.
Antara pandangan yang dilontarkan netizen.
Menjengah ruangan komen, warga maya tampil meluahkan rasa simpati dan memahami dilema yang dilalui oleh wanita berkenaan.
Rata-ratanya menyarankan supaya dia berbincang dengan suamiuntuk mengelakkan berlakusalah faham dan mengeruhkan hubungan dengan adik iparnya.
“Jangan pindah. Awak tak jahat kalau tak nak ikut. Awak ada anak-anak yang perlu diberi perhatian juga, lagi pula tu bukan tempat awak. Banyak makan hati nanti.
“Buat apa pindah. Bagi je adik ipar awak kahwin. Cari jodoh untuk dia
“Sesekali balik jenguk pun dah okay. Kalau semua nak ikut orang susah juga sis,” demikian antara pandangan netizen.