TINDAKAN penyanyi Khai Bahar berkongsi foto bersenam di gimnasium mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di aplikasi X.
Tidak ambil pusing komen nakal ditulis netizen, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, platform berkenaan juga menjadi salah satu medium untuk dia berkongsi aktiviti harian dengan peminat.
“Saya tahu platform X ini sedikit hardcore dan penggunanya agak bebas nak bersuara. Jadi mungkin yang tak biasa dengan platform ini akan terkejut dengan komen pengikut di sana.
Ramai kurang senang dengan perkongsian Khai di X.
“Saya dah lama guna X, jadi tak kisah pun jika ada yang tak suka. Sebagai seorang public figure saya rasa perlu semua platform media sosial untuk promosi,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dia mengulas perkara tersebut selepas menerima banyak pesanan peminat untuk berhenti menggunakan apalikasi X.
Tambah penyanyi ini juga dia sendiri perlu sedia menerima sebarang kemungkinan atas segala perkongsian yang dibuat.
ARTIKEL BERKAITAN:Khai Bahar sambut Ramadan di Kuala Lumpur, tak balik kampung elak terkenang arwah ibu
ARTIKEL BERKAITAN:Khai Bahar tak tidur 2 hari, berdepan masalah insomnia… Tetap gigih bekerja selagi ada kudrat
“Semua orang ada hak nak repost dengan kapsyen apa sahaja. Yang baik kita ambil, yang kurang menyenangkan kita abaikan sebab saya sendiri yang mengundang.
“Saya kongsi gambar di gim sebagai motivasi. Rasanya semua orang yang pergi gim akan buat perkara sama,” ujarnya.
Dalam masa sama, Khai turut meluahkan kebimbangan sekiranya ada gambar atau perkongsian disalah guna dengan aplikasi AI atau teknologi kecerdasan buatan.
Khai terbuka menerima komen ramai.
Dia juga sentiasa berhati-hati memuat naik sebarang hantaran agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyentuh sensitiviti.
“Saya tak boleh nak halang orang bercakap. Cuma bimbang ada pula yang guna gambar saya untuk tujuan tidak senonoh. Apa lagi sekarang ini ada teknologi AI.
“Di platform mana pun saya sentiasa berhati-hati dalam berkongsi,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!