KETIKA sibuk dengan pelbagai aktiviti di bulan Ramadan, penyanyi Iman Troye dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan di bahagian telinga dan tekak pada Selasa.
Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, bagaimanapun berkata dia terpaksa menolak daripada ditahan di wad kerana perlu menyelesaikan tuntutan kerja.
“Awalnya saya ke hospital untuk dapatkan ubat saja kerana tekak dan telinga saya sakit.
Iman gigih turut serta beri ayam percuma kepada penduduk PPR Taman Wahyu.
“Telinga sebelah kanan saya tak dengar. Tekak saya pula bermasalah kerana saya menyanyi tak berhenti dan tak berehat selepas konsert terus keluarkan album.
“Patutnya saya ditahan di wad tapi sekadar masuk kecemasan saja kerana ada kerja… jadi saya gagahkan diri untuk keluar,” katanya kepada mStar.
Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui di programtanggungjawab sosial korporat (CSR) memberikan ayam percuma bersama artis XO dan Perfume Paradise, di PPR Taman Wahyu, Selayang, Selangor pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Kisah kekasih curang bukan gimik… Iman Troye tangguh belajar demi lagu baharu
ARTIKEL BERKAITAN:“Ada je lelaki baik” – Iman Troye dedah kisah dicurangi, tak serik bercinta lagi… Rancang kahwin usia 30 tahun
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Iman berkata doktor menyarankan dirinya untuk mendapatkan rehat yang cukup sehingga kesihatannya pulih.
Namun dia memilih untuk mengambil ubat terlebih dahulu dan kembali berkerja kerana jadual kerja padat sepanjang Ramadan ini.
“Doktor tentulah marah, tapi ini tanggung jawab saya. Buat masa sekarang saya akan habiskan tugas saya, nanti raya akan berehat.
Saya rasa kalau saya rehat mungkin saya tak dapat pengalaman ini.
IMAN TROYE
PENYANYI
“Nak cakap bahaya… bahaya lah juga tapi InsyaAllah ada rezeki di mana-mana. Saya rasa kalau saya rehat mungkin saya tak dapat pengalaman seperti ini lagi.
“InsyaAllah kalau saya ikhlas akan dipermudahkan rezeki selepas ini,” ujarnya.
Sementara itu, Iman meluahkan rasa teruja apabila PPR Taman Wahyu dipilih wakil Perfume Paradise sebagai lokasi untuk program CSR kali ini.
Iman tak pernah lupa asal usul.
Memandangkan ini merupakan tempat dia membesar, Iman berkata banyak pengalaman manis ketika menetap di kawasan berkenaan.
“Saya selalu datang sini, untuk tengok rumah lama, lagipun saya masih ada kenalan di sini.
“Yang beratur ambil ayam tadi ada juga mak angkat dan rakan-rakan ibu bapa saya. Banyak kenangan saya membesar di sini,” luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!