RSS Suria

Lelaki bergegas masuk rumah, tinggal bakul pakaian lepas nampak jiran – “Malu ke, mungkin pertama kali sidai baju”

SEIRING peredaran zaman, nampaknyakerja-kerja rumah seperti mencuci baju dan mengemas bukan lagi dipertanggungjawabkan kepada wanita dalam rumah tangga.

Namun ia mungkin masih jarang-jarang atau agak rareuntuk melihat si suami melakukan tugas-tugas itu, apatah lagi ia berlaku secara terbuka dan disaksikan jiran-jiran.

Mengimbas kembali, seorang lelaki bercerita mengenai satu kejadian membabitkan jirannya yang sedang melakukan kerja-kerja rumah.

Pelbagai kaedah dan teknik menyidai pakaian di luar rumah. -Gambar hiasan

“Seorang suami (jiran) sedang sidai pakaian di luar rumah. Apabila dia perasan saya nampak, dia terus cepat-cepat masuk dan tinggalkan pakaian dalam bakul.

“Tak keluar-keluar dah. Malu ke sidai pakaian? Kalaulah betul dia malu, soalnya patut ke rasa malu?” katanya menerusi satu hantaran.

Lelaki yang dikenali sebagai Yusoff itu bagaimanapun beranggapan mungkin jirannya mempunyai sebab tersendiri dia tergesa-gesa meninggalkannya ampaian baju di luar rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa

“Saya husnuzon (bersangka baik), mungkin dia ada hal penting perlu dibuat,” ujarnya.

Dia turut menyangka jirannya itu mahu meringankan beban si isteriisterinya dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Jiran kiri kanan depan semua suami sidai baju. Bagus lelaki zaman sekarang.

NETIZEN

Pada masa sama,Yusoff sendiri turut mendedahkan sudah biasa membuat tugasan-tugasan seperti itu.

“Dia sebenarnya cuba nak tiru saya yang sidai kain tiap-tiap minggu. Agaknya hari tu pertama kali nak sidai, tiba-tiba saya ternampak.

“Biasalah pertama kali memang malu, macam wanita tak bertudung mula nak pakai tudung, begitulah,” jelasnya sekadar memberi contoh.

Kebanyakan lelaki juga rajin masuk ke dapur. -Gambar hiasan

Menurutnya, keselesaan itu akan datang sendiri selepas sudah ada pengalaman dan menjadikannya sebagai rutin.

“Lepas hari pertama, pasti legadan selesa untuk hari seterusnya. Tak perlulah rasa malu untuk sidai pakaian, cuci pinggan, lipat kain, cuci tandas, basuh berakdan tukar lampin anak.

“Sebabnya, perkahwinan adalah satu perkongsian hidup suami dan isteri,” katanya lagi.

Di ruangan komen, pelbagai andaian dan tanggapan netizen mengenai jiran lelakinya itu.

“Sejakbujang sidai baju sendiri. Aku pun hairan kenapa perlu malu sidai baju. Takut orang mengatake?

“Jiran kiri kanan depan semua suami sidai baju. Bagus lelaki zaman sekarang.

“Suami saya basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Saya cuma urus kebersihan rumah dan memasak aje. Keluarga bahagia,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top