RSS Suria

“Walau bilik asing tetap haram!” – Gadis dedah realiti hidup di KL, rupanya rumah sewa campur jantina lebih murah

RAMAI anak muda berhijrah ke bandar-bandar besar untuk melanjutkan pelajaran atau membina kerjaya.

Namun, cabaran terbesar yang perlu dihadapi mereka adalah mencari tempat tinggal.

Di TikTok, seorang gadis mengakui sukar mencari rumah sewa kerana banyak unit yang ditawarkan membenarkan lelaki dan wanita tinggal bersama.

Pada kebiasaannya penghuni rumah sewa diasingkan mengikut jantina. -Gambar hiasan

Fed up cari bilik sewa di Kuala Lumpur ni. Mix unit la, jauh la. Yang dekat mahal pula. Jumpa yang murah tapimixpula.

“Tak tahulah, stres betul. Tak ada ke yang female Muslim friendly? agak-agaklah, takkan nak duduk bercampur?” tulis gadis itu.

Dalam hantaran sama, dia mengakui tidak kisah dianggap kuno kerana amalan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Tak ada ke yang female Muslim friendly…agak-agaklah, takkan nak duduk bercampur?

PENGADU

“Tak kisahlah orang nak cakap aku ni kuno ke apa. Walaupun bilik asing-asing, masih haram lelaki dan perempuan (bukan mahram) duduk sekali (serumah),” tulisnya lagi.

Hingga kini hantaran yang dimuat naik gadis itu menerima lebih setengah juta tontonan.

Malah, ia turut dihujani komen netizen yang turut berdepan situasi sama di bandar-bandar besar.

ARTIKEL BERKAITAN:Susah cari rumah sewa, semua tak kena dengan jiwa! Ada perabot lengkap, ‘owner’ bagi TV zaman Jepun pula

ARTIKEL BERKAITAN:Individu ‘sedap’ ambil untung, sewakan rumah yang disewa kepada orang lain! ‘Owner’ baru sedar kena tipu

“Aku student. Duduk kondo kongsi ramai-ramai. Dapat rakan serumah, bawa jantan masuk pukul 3 pagi.

“Betul tu. Tengok dekat Bandar Utama. Lelaki perempuan Muslim sewa sekali.

“Kat Penang pun ada masalah ni. Apabila harga dah okey, mix unit pula,” tulis netizen.

The house / room for rent / let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Anak muda biasanya akan menyewa sebelum mereka mampu membeli rumah sendiri. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap gadis itu tidak mengambil mudah larangan agama.

“Pemikiran awak tak kuno pun. Orang zaman sekarang yang bebas sangat. Buat macam luar negara.

“Tahniah sis, jaga maruah anda sebagai orang Islam,” tulis netizen lagi.

Scroll to Top