RSS Suria

Impian Shila Amzah tercapai, persembahan duet dapat pujian melambung Wang Leehom

IMPIAN Shila Amzah berduet dengan penyanyi pujaannya iaitu Wang Leehom akhirnya tercapai apabila dia diundang membuat persembahan bersama dalam acara The Free Show yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, menyifatkan peluang itu sebagai bukti tidak mustahil dalam merialisasikan sebuah impian.

Malah Shila turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Leehom berkenaan kerana sudi mengundangnya menjadi penyanyi jemputan.

Nyanyian Shila turut mendapat pujian daripada Leehom.

“Terima kasih kerana menjemput saya, seronok dapat menjadi sebahagian daripada persembahan ini, ia sekali gus membuktikan impian boleh menjadi kenyataan,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Leehom turut memuji kemantapan vokal Shila dalam nyanyian bersama mereka menerusi lagu berjudul Forever Love.

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah tak mahu anak-anak terbeban jika ada gelaran ‘Datuk’, selesa hidup sederhana

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah akhirnya miliki mikrofon peribadi, harganya boleh beli kereta buatan Malaysia

“Terima kasih yang tak terhingga kepada Shila kerana menjadi tetamu undangan dalam program The Free Show.

“Saya tak pernah menyedari betapa sempurnanya lagu Forever Love ini jika digandingkan bersama penyanyi perempuan.

“Ini kali pertama saya menyusun semula lagu tersebut dan terasa penuh dengan kemesraan serta kasih sayang,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi Suki Low turut meluahkan rasa bangga melihat kolaborasi tersebut dan menyukai persembahan nyanyian mereka.

“Ahhh, saya sangat bangga dengan Shila. Persembahan ini sangat menakjubkan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top