SUSULAN sering terpalit dengan kontroversi setiap kali melancarkan lagu raya, netizen tidak lagi mempercayai pergaduhan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dengan penyanyi Iman Troye.
Malah ramai menganggap gimik yang dibuat sudah basi dan cubaan menipu rakyat Malaysia juga tidak menjadi.
Bagaimanapun Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 23, menegaskan pergaduhan di antara mereka bukan gimik sebaliknya ia benar-benar berlaku.
Isu Iman dan Aliff bukan gimik.
Malah jelas Iman, hubungan mereka sememangnya sudah renggang sebelum mereka berkolaborasi dan laporan polis terhadap usahawan itu juga bukan sandiwara.
“Isu berkaitan laporan polis itu bukan gimik. Betul-betul (berlaku).
“Saya dengan Datuk Seri Aliff sebenarnya memang tidak okey sejak awal,” katanya kepada mStar.
Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Extended Play (EP) terbaharunya berjudul Janji Raya yang berlangsung di Suria KLCC pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN:Sakit pun gigih kerja, Iman Troye abai nasihat doktor tak nak masuk wad
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Kisah kekasih curang bukan gimik… Iman Troye tangguh belajar demi lagu baharu
Dalam pada itu, Iman memberitahu sebagai usaha berbaik dengan Aliff dia mengajaknya berduet menerusi lagu Raya Ya Ya.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Aliff bersetuju dengan idea menghasilakan lagu duet sempena kedatangan Aidilfitri tahun ini.
Jelasnya lagi, tidak sukar bekerja dengan Aliff namun perlu pandai ambil hatinya.
Iman ketika membuat laporan polis terhadap Aliff.
“Bekerja dengan Aliff okay sahaja cuma kena pandai mengambil hatinya dan berkomunikasi dengannya,” ujarnya.
Bercakap mengenai EP Janji Raya Iman Troye, penyanyi itu memberitahu ia memuatkan lima buah lagu iaitu Raya Ya Ya, Salam Lebaran, Raya Kan, Janji Happy Hari Raya dan Selendang Ibunda.
Selain Aliff, Iman turut menampilkan Naim Daniel, Dalia Farhana dan Alya Mardien sebagai rakan duet menerusi EP tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!