RSS Suria

Lantik 6 duta artis terkenal berbaloi, Amber semakin dikenali di peringkat antarabangsa

PELANTIKAN enam duta jenama pakaian Amber di bawah rangkaian perniagaan Usanita Sdn Bhd terbukti membawa impak besar apabila ia semakin dikenali di peringkat antarabangsa.

Kejayaan itu dicapai selepas berjaya menembusi pasaran Singapura melalui penyertaan di pesta raya CelebFest pada pada 7 hingga 9 Mac lalu.

Malah penampilan barisan duta terkenal seperti Fattah Amin, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Nora Danish, Aina Abdul dan Sophia Albarakbah turut menjadi faktor utama kejayaan jenama tersebut.

Enam duta Amber beri kesan positif buat Amber.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Usanita, Shafiq Ikhwan berkata, kehadiran keenam-enam duta tersebut bukan sahaja meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya, malah membantu memperkukuhkan jenama Amber di peringkat serantau.

“Kami percaya pemilihan keenam-enam duta ini sangat tepat kerana mereka bukan sahaja mempunyai pengaruh besar.

“Pada masa sama mereka turut membantu membangunkan jenama Amber.

“Kehadiran mereka meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya tahun ini,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin tak dihalang jumpa anak, perkongsian di IG hanya salah faham

ARTIKEL BERKAITAN:Belum ada insan istimewa di hati Hawa Rizwana, pelik muncul gosip sedang bercinta

Dalam pada itu, kata Shafiq, penyertaan di CelebFest bukan sekadar berjaya meningkatkan jualan, tetapi juga menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan jenama itu di sana.

“Usanita sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada CelebFest kerana festival ini bukan sekadar acara jualan biasa.

“Ia merupakan perhimpunan jenama terkenal, selebriti, serta usahawan hebat dari rantau ini.

“Di sinilah peluang untuk kita bukan sahaja berniaga, tetapi juga berkongsi inspirasi, membina jaringan, dan memperkukuhkan hubungan serantau,” ujarnya.

Shafiq mengaku jenama Amber semakin dikenali

CelebFest yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Suntec City adalah antara festival beli-belah terbesar sebelum menjelang perayaan Aidilfitri.

Sebagai penaja utama acara itu, Usanita Sdn Bhd berjaya menarik perhatian pengunjung menerusi jenama fesyen Amber yang menampilkan koleksi istimewa Romantics Raya tahun ini.

Malah lebih 100,000 pengunjung direkodkan menghadiri festival CelebFest kali ini.

Scroll to Top