RSS Suria

Produser minta aktif media sosial, Shahz Jaszle terpaksa akur… Mujur isteri bantu ikut trend semasa

SEDARkepentingan media sosial, pelakon Shahz Jaszle memberitahu dia terpaksa mengikut trend semasa supaya lebih dekat dengan peminat.

Meskipun usianya semakin meningkat,Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 37, berkata sebagai seorang selebriti dia perlu mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa.

Kurang ambil tahu mengenai dunia media sosial, Shahz bagaimanapun bernasib baik kerana isterinya iaitu Hanis Husna banyak memberikan tunjuk ajar.

Isteri bantu Shahz supaya lebih mengikut trend semasa.

“Sebenarnya kalau nak ikut trend media sosial ni susah juga sebab usia dah meningkat. Tapi bila isteri suruh joget, saya buat jugalah.

“Dia yang lebih tahu tentang trend semasa dan kenal ramai influencer. Jadi jika ada content yang bersesuaian saya ikutkan sahaja.

“Sekarang ini zaman media sosial, kita tak boleh nafikan penting untuk sentiasa tahu perkembangan,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya ada isteri baik dan cantik” – Shahz Jaszle dah minta izin sebelum lakon aksi daring dalam ‘Senyawa’

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 7 tahun, Shahz Jaszle dan isteri timang anak ketiga

Shahz ditemui ketika majlis tayangan drama terbaharu lakonannya berjudul Sebalik Balik yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah pelakon ini juga ada dalam kalangan penerbit yang menitik beratkan jumlah pengikut di sosial media sebelum memberi tawaran berlakon.

Mengulas tentang perkongsian di medium berkenaan, dia tidak meletakkan sebarang batasan selagi ia masih mengikut garis panduan.

Tapi bila isteri suruh joget, saya buat jugalah

SHAHZ JASZLE

PELAKON

“Ada juga produser yang minta saya aktif di media sosial ketika beri tawaran. Bagi saya bagus juga bila mereka berikan bahan kandungan sebab ada masanya saya sendiri tak tahu nak post apa.

“Ada dalam kalangan artis yang menjadikan sosial media khas untuk kerja sahaja. Tetapi bagi saya itu adalah peribadi sendiri. Jadi saya akan kongsi sahaja apa yang saya suka.

Shahz banyak berkongsi perkembangan kerjaya di sosial media.

“Mana-mana drama pun saya akan post sebab itu hasil kerja sendiri. Itu juga satu pendedahkan kepada penonton,” ujarnya.

Bercakap tentang drama Sebalik Balik, Shahz kembali mencabar diri untuk terlibat dalam sebuah karya komedi sebagai hiburan buat peminat.

Drama arahan Danny Alamsyah itu merupakan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena tayangan istimewa di bulan Ramadan yang ditayangkan pada 22 Mac ini di saluran TV1.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top