MEMBELI rumah adalah salah satu keputusan kewangan yang besar dalam hidup.
Selain untuk kegunaan sendiri, ada jugayang membeli rumah untuk dijadikan aset pelaburan bagi menjana pendapatan pasif melalui sewaan.
Namuntidak semua keputusan membeli rumah berakhir dengan keuntungan,sebaliknya ada juga yang mendatangkan beban kewangan sebagaimana luahan yang dikongsikan seorang individu ini.
Menurut individu berkenaan, pada asalnya rumah tersebut dibeli kerana lokasinya terletak agak tidak jauh dari tempatnya bekerja.
Membeli rumah merupakan satu keputusan yang besar, justeru ia memerlukan perancangan kewangan yang teliti. -Gambar hiasan
Namun seiring dengan pembangunan yang kian pesat di kawasan tempat tinggalnya, dia tetap perlu menempuhi kesesakan lalu lintas sehingga tersekat di jalan raya untuk tempoh yang lama.
Tambahnya, tanpa diduga suaminya pula ditugaskan berkhidmat di sebuah negeri di Pantai Timur, justeru dia mengambil keputusan untuk mengikut pasangannya.
Justeru mereka mengambil keputusan untuk menyewakan rumah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:Termakan cakap ejen, wanita beli rumah harga lebih RM200,000 tanpa modal… Bulan-bulan ‘sesak’ bayar komitmen, suami pula gaji kecil
ARTIKEL BERKAITAN:Bayaran bulanan cantik tapi hutang tak luak… Pemuda kongsi pengalaman beli rumah, rupanya ada perkara tersembunyi!
“Sewa dekat orang RM1,000 tapi masih kena top-up lagi RM700 sebab pinjaman bulanan RM1,700. Bukan satu pelaburan nampaknya.
Setiap kali nak bayar rasa menyampah.
“Bukan tak nak ajak husband pindah semula tapi saya yang tak suka rumah tu,” tulisnya.
Tambah individu berkenaan, sehingga kini dia menyesali keputusan membeli rumah tersebut kerana ia bertukar menjadi liabiliti.
Kumpul bertahun-tahun tapi belanja macam air terjun untuk rumah.
NETIZEN
“Dah enam tahun beli rumah tu. Hari-hari fikir akan ada hikmah apa agaknya satu hari nanti?
“Bayangkan, RM1,700 tu adalah simpanan… bukankah bahagia?” tulisnya lagi.
Enggan terus terjerat dengan masalah kewangan, individu tersebut berkata dia berhasrat untuk menjual kediaman jenis ‘townhouse’ itu.
Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Sebahagian daripada komen netizen.
“Sebelum beli rumah boleh beli handbag dan emas setiap bulan. Sekarang ni hurmmmm. Hidup bersederhana je.
“Waktu bujang best. Komitmentu tak banyak lagi. Lepas kahwin, beli rumah, kucar-kacir financial. Kejap rumah, kejap kereta la.
“Sudahlah cepat je habis lima angka. Kumpul bertahun-tahun tapi belanja macam air terjun untuk rumah,” demikian antara komen netizen.