RSS Suria

Villa di Pulau Langkawi bukan hasil pinjam bank, Black guna simpanan dan jual rumah

PENYANYI Black Hanifah tidak pernah membuat sebarang pinjaman bank bagi membangunkan sebuah villa yang dijadikan tempat penginapan pelancong di Pulau Langkawi, Kedah.

Sebaliknya jelas Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, dia membangunkan villa tersebut menggunakan wang simpanan peribadi selain menjual beberapa aset untuk dijadikan modal.

“Saya tiada hutang dengan mana-mana bank untuk membuka villa ini tapi semuanya tunai.

Black sudah lali dengan kecaman netizen.

“Villa dan perniagaan ini adalah menggunakan wang simpanan selain menjual rumah miliksaya,” katanya kepada mStar.

Black berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music di Glam Hall, Damansara, Selangor pada Jumaat.

Sudah lali menerima tanggapan negatif, Black bagaimanapun tidak mahu membalas apa-apa kenyataan daripada netizen untuk pertahankan diri.

ARTIKEL BERKAITAN:Dipeluk ketika bergambar, Black teringat kejadian isteri pukul tangan peminat wanita

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia larang sebab saya pernah jatuh sampai patah tangan” – Black Hanifah terkejut isteri hadiahkan motosikal lasak

Sebaliknya kata Black, dia yakin menabung adalah kunci sesuatu kejayaan dan sudah membuktikan perkara itu dengan villa dimilikinya.

“Saya tak mahu cakap apa-apa kalau ada mendoakan perkara tidak baik pada saya.

“Bagi saya satu jari tunjuk pada saya, empat lagi pada diri mereka.

“Saya yakin kalau rajin menambung atau menyimpan itu adalah kunci untuk berjaya dan saya dah buktikan,” jelasnya.

Black menabung untuk bina kediaman idaman.

Sebelum ini Black pernah dituduh terlibat aktiviti pengubahan wang haram kerana miliki kapal mewah dan sebidang tanah di Pulau Langkawi.

Bagaimanapun Black menafikan perkara itu dengan menjelaskan semuanya adalah hasil daripada menabung sejak mula bergelar artis.

Dalam perkembangan lain, buat pertama kali Black berkolaborasi bersama Adira dalam single raya terbaharu mereka yang berjudul Syawal Rindu.

Lagu Syawal Rindu sudah boleh didengari di semua platform penstriman muzik bermula 14 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top