RSS Suria

Fokus kerjaya seni dahulu, Muntazar Ghufran belum fikir cari pengganti lepas putus tunang

PELAKON Muntazar Ghufran enggan terburu-buru mencari pengganti selepas putus tunang dengan aktres Saidah Kamarudin.

Kata Muntazar atau Muhammad Muntazar Ghufran, 22, dia kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni dan terus kembangkan nama sebagai seorang pelakon.

Malah baginya kembali sibuk bekerja adalah sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa sedih.

Muntazar dan Saidah kekal hubungan baik secara profesional.

“Ibu saya pesan sekarang ini lebih baik fokus kepada diri sendiri dahulu dan cari duit. Sayang diri sendiri dahulu sebelum sayang orang lain.

“Tak fikir nak mencari teman baru. Biarlah saya fokus kerja dahulu. Sekurang-kurang kalau sibuk kerja lebih tenang tidak berfikir tentang apa yang telah terjadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Muntazar sebelum ini mengumumkan dia dan Saidah sepakat membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu selepas lima bulan bertunang.

ARTIKEL BERKAITAN:Pertunangan hanya bertahan lima bulan, Muntazar Ghufran dan Saidah Kamarudin bawa haluan masing-masing

ARTIKEL BERKAITAN:Berlakon sejak usia 6 tahun, Muntazar Ghufran tak tergugat kehadiran hero baharu… Cuba nasib kerja belakang tabir

Menganggap segala yang berlaku adalah sebagai satu ujian, dia juga tidak mahu hubungan dengan Saidah menjadi keruh gara-gara kisah lama antara mereka.

“Kami telah selesaikan semuanya secara baik. Kita akui apa salah dan apa yang betul. Secara profesional hubungan kami masih baik.

“Apa yang terjadi saya anggap sebagai satu ujian. Tiada jodoh antara kami. Mungkin ada orang lebih baik untuk dia selepas ini, begitu juga buat saya,” jelasnya.

Sayang diri sendiri dahulu sebelum sayang orang lain

MUNTAZAR GHUFRAN

PELAKON

Sementara itu bercakap tentang kerjaya lakonan, Muntazar akur apabila ramai yang terkeliru dia dengan abangnya iaitu aktor Firdaus Gufran kerana memiliki wajah hampir sama.

Terus mengharap di beri tawaran, pelakon ini juga meluahkan rasa rindu untuk ke lokasi penggambaran.

Ramai keliru antara Muntazar dan Firdaus.

“Ramai yang keliru… ada yang memberi tawaran berlakon kepada ‘Ghufran’ tetapi tak tahu samada untuk saya atau abang.

“Kalau ada tawaran yang terlepas untuk abang saya anggap itu rezeki dia. Kami sentiasa sokong antara satu sama lain.

“Syukur masih ada tawaran, cuba saya harap lebih banyak peluang. Saya rindu untuk berada di lokasi penggambaran,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top