SEGELINTIR guru menggunakan media sosial sebagai tempat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tingkah laku murid di sekolah.
Luahan yang dibuat mereka bukan sahaja mengundang pelbagai reaksi netizen, tetapi turut menimbulkan persoalan mengenai etika seorang pendidik.
Malah, tidak semua guru bersetuju dengan cara itu memandangkan apa yang dikongsi di media sosial boleh diakses murid-murid.
Tingkah laku murid masa kini dikatakan jauh berbeza dengan kanak-kanak dan remaja zaman dulu. -Gambar hiasan
Di TikTok, seorang guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Ding turut menegur perbuatan sesetengah guru yang suka ‘mengadu’ di media sosial.
“Cikgu jangan normalisasi trend meluah ketidakpuasan hati dengan tingkah laku murid-murid di media sosial. Cikgu nak tunjuk apa?
“Nak tunjuk betapa cikgu terpaksa buat-buat baik ketika berhadapan mereka dalam kelas? Mereka generasi era baharu yang hidup dan sebati dengan teknologi.
Kawal penulisan cikgu, jangan sampai mereka hilang rasa hormat kepada kita.
CIKGU DING
GURU
“Mereka baca apa yang cikgu tulis. Mereka baca apa yang cikgu komen,” tegur guru lelaki itu.
Dalam hantaran sama, Cikgu Ding menasihatkan para guru untuk mengawal emosi dalam penulisan mereka di media sosial.
Dia turut menyarankan guru-guru untuk bersemuka dengan ibu bapa bagi menyelesaikan sebarang masalah berkaitan murid di sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab… Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat… Rela mengaku salah sendiri ‘terbabas’ tidur
“Faham… nak ikut trend tapi berpadalah. Jangan sampai emosi mengatasi kewarasan kita. Kawal penulisan cikgu, jangan sampai mereka hilang rasa hormat kepada kita.
“Setiap sekolah ada garis panduan pengurusan murid. Apa yang tak kena, selesaikan di sekolah. Panggil ibu bapa jika perlu. Bukan bawa balik buat modal posting di media sosial.
“Come on, matanglah sikit cikgu. Tertanya-tanya, adakah cikgu yang suka meluah perkara negatif dekat media sosial ada keyakinan untuk berhadapan dengan murid di sekolah jika ada isu dan masalah?” tulisnya lagi.
Teguran yang dimuat naik di TikTok itu menerima hampir 70,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen.
Ramai guru menggunakan media sosial untuk berkongsi mengenai pengalaman kerja mereka. -Gambar hiasan
“Biasalah cikgu gen Z. Apa boleh buat. Mereka dulu masa jadi budak sekolah pun sama saja.
“Sebenarnya punca masyarakat memandang rendah terhadap guru ialah sikap segelintir guru yang mudah beremosi di media sosial.
“Saya cikgu, kadang-kadang marah dengan murid. Tapi tak pernah kongsi di media sosial.
“Bagi saya, seburuk mana perangai anak murid, mereka tetap satu peluang untuk kita ke syurga,” tulis netizen.