KERETA dianggap sebagai salah satu keperluan utamakhususnya buat mereka yang sudah berkeluarga.
Namun, ramai juga individu yang tidak mampu membeli kereta dan hanya bergerak menggunakan motosikal serta pengangkutan awam sahaja.
Di TikTok, seorang individu turut meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kisahnya yang dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan.
Kebanyakan anak muda memasang impian untuk membeli kereta selepas mereka mula bekerja. -Gambar hiasan
“Saya membesar dalam keluarga yang tak ada kereta. Memang nak pergi ke mana-mana selalu kena tumpang orang atau naik bas.
“Kadang masa tumpang saudara-mara, ada yang marah anak kuat-kuat depan kami. Faham je dia tak suka tumpangkan kami.
“Sampailah masa tingkatan lima, ada pakcik bagi pinjamkan kereta Proton Wira. Masih guna Wira tu sampai sekarang,” ujarnya memulakan cerita.
Apabila tengok video orang unwrap kereta pertama, deep down rasa gembira untuk mereka.
ANAK
Menurut individu itu, dia masih tidak mampu untuk membeli kereta sendiri sehingga ke hari ini.
Namundia tidak pernah kecil hati, sebaliknya tumpang gembira setiap kali melihat orang lain mampu membeli kereta baharu.
“Sekarang apabila tengok video orang unwrap kereta pertama, deep down rasa gembira untuk mereka. Gembira tengok mereka bergambar depan kereta dengan ibu bapa dan keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN:Gaji RM3,000 ada hati nak pakai Mercedes-AMG A45S! Jurujual kereta pening, penat kawal emosi layan selera anak muda
ARTIKEL BERKAITAN:Famili ‘racun’ suruh beli kereta H, jurutera terkedu sengkek lepas dapat gaji – “Dah start bayar, baru rasa sakit”
“Benda-benda macam tu buat saya gembira sangat. Terima kasih kerana upload video. Kepada orang yang saya tak kenal di TikTok, terima kasih sebab kongsi kegembiraan.
“Harapan suatu hari nanti saya juga dapat merasai rezeki ada kereta baharu. Nanti saya nak bawa semua ahli keluarga raikan bersama. Insya-Allah,” tulisnya.
Di ruangan komen, ramai individu yang senasib dengannya turut berkongsi kisah mereka yang membesar dalam keluarga yang miskin.
Pengangkutan awam menjadi penyelamat kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. -Gambar hiasan
“Samalah nasib kita. Ayah memang tak ada lesen. Kita gerak ke mana-mana, ayah akan tempah teksi kawan dia.
“Perit apabila tak ada kereta dan tumpang orang. Dilayan acuh tak acuh, nak marah-marah.
“Kami pun tiada kereta. Keluarga saya pernah kena kutuk sebab tumpang dan kotorkan kereta,” tulis beberapa netizen.