RSS Suria

‘Saya menumpang jadi kena sedar diri’ – Isteri penat urus rumah mentua, lepas iftar biar pinggan tak cuci

SEORANG isteri meluahkan rasa terkilan apabila dia seolah-olah dipaksa memikul tanggungjawab menguruskan rumah mentua.

Dalam perkongsian tular di media sosial, wanita ini menceritakan pengalamannya sebagai menantu yang tinggal di rumah ibu mentua.

Luahan dibuat selepas terpaksa mengemas sendirian dapur yang dibiar berselerakan ditambahdengan pinggan mangkuk tidak dicuci

Situasi ketika berbuka puasa bersama keluarga yang dikongsikan pengadu.

“Sebenarnya siapa yang normalisasikan budaya macam ni. Iftar sama-sama… kenyang sama-sama tapi basuh pinggan tak sama pula?

“Memang tanggungjawab menantu yang tinggal di rumah mentua ke kena buat kerja ni? Atau saya kena sedar diri sebab menumpang dan tak ada anak?” soalnya penuh kecewa.

Pengadu juga menambah bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan, dan situasi ini sering dijadikan alasan oleh keluarga mentua untuk membebankannya dengan kerja rumah.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami menangis dalam hati, Ativa kesayangan calar-balar… Rupanya isteri tolong basuh guna span hijau cuci pinggan!

ARTIKEL BERKAITAN:Tinggal je pinggan atas meja, nanti isteri basuh… Wanita rasa nak mencarut, geram rakan sejantina terlalu manjakan suami

Selain beban kerja rumah yang tidak setimpal, wanita ini juga berkongsi rasa tertekan kerana sering dikritik ibu mentuanya sendiri.

“Saya pula tak ada pekerjaan, jadi ini kerja saya la ya?Kalau saya ‘angkat kaki’ dari sini, kira dosa besar tak?

“Sudah la jaga rumah orang (mentua), lepas tu kena kritik dengan tuan rumah pula. Lepas tu nak hias atau buat benda ikut cita rasa kita tak boleh pula.

“Ibarat macam rumah sewa la kan… tapi rumah sewa sebenar, bebas je nak buat apa. Ini namanya rumah tumpang,” katanya.

Sebab kita sendiri buat keputusan salah, kahwin dengan orang yang tak boleh sediakan tempat tinggal untuk kita.

NETIZEN

Menurut pengadu, semua ipar duai sudah pulang ke rumah masing-masing selepas iftar bersama tanpa mengemas semula dapur selepas digunakan.

Situasi ini menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen apabila ada yang bersimpati dengan nasib wanita ini.

Namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa sebagai menantu, dia perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua.

Komen netizen di media sosial.

“Satu je solusinya, pindah segera. Duduk berdua je dengan suami. Nafkah suami untuk sediakan tempat tinggal untuk isteri.

“Tak bagus langsung tapi demi ukhwah kekeluargaan, pejam mata jela ye… satu tahun pun beberapa kali je peristiwa ni berlaku.

“Sebab kita sendiri buat keputusan salah, kahwin dengan orang yang tak boleh sediakan tempat tinggal untuk kita. Salah kita sebab tak memilih betul-betul sebelum keputusan untuk pasangan hidup,” komen netizen.

Scroll to Top