SUDAH menjadi tanggungjawab anak-anak untuk memberikan nafkah kepada ibu bapa masing-masing khususnya mereka yang tidak berkemampuan.
Namun, realitinya tidak semua anak mampu untuk menghantar wang kerana mereka juga berdepan kos sara hidup yang tinggi serta komitmen-komitmen lain.
Di TikTok, tular kisah seorang anak yang dimarahi ibunya kerana hanya mampu menghulur sedikit wang, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ibu bapa yang sudah tua biasanya hidup berbekalkan duit pencen atau sumbangan anak-anak. -Gambar hiasan
“Aku ingatkan mak aku telefonsebab nak tanya keadaan aku ke apa. Rupa-rupanya cuma nak tanya kenapa bagi duit belanja sikit sangat.
“Pakej marah-marah lagi. Aku ingatkan dalam drama saja ada mak macam ni. Sekali kena kat aku.
“Anak-anak bagi je setakat yang mampu. Tapi yang sedihnya call untuk tanya pasal duit lepas tu matikan call,” luah individu itu.
Aku ingatkan dalam drama saja ada mak macam ni. Sekali kena kat aku.
ANAK
Hantaran berkenaan meraih lebih 80,000 tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Beberapa individu berkata mereka juga berdepan situasi sama dengan ibu masing-masing.
“Macam mak saya. Dah bagi tapi nak lebih. Siap marah-marah kenapa gaji saya tiada simpanan? Padahal dah banyak habis sebab dia minta itu ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Hati anak hancur berkecai! Ibu buka hadiah ‘birthday’ tanpa izin, kantoi beli untuk diri sendiri
ARTIKEL BERKAITAN:Suami tegur peruntukan duit raya RM50 untuk ibu bapa banyak sangat… Suruh fikir kos balik kampung, beli kuih raya
“Mak aku pula jenis tak reti bersyukur. Siap minta RM1,000 sebulan. Dia pakai duit tu untuk tanggung abang aku dan anak bininya.
“Kali pertama kerja kilang gaji RM900. Wajib bagi mak RM500. Mak cakap pandai-pandailah guna baki RM400. Nak nangis tapi tahan.
“Memang ada jenis mak-mak yang tak reti bersyukur apabila anak-anak dah bagi duit,” tulis netizen.
Ramai anak yang memberi wang belanja kepada ibu bapa setiap kali mereka menerima gaji. -Gambar hiasan
Beberapa wanita yang sudah bergelar ibu turut menulis pendapat mereka di ruangan komen.
“Saya kalau anak bagi, saya ambil. Kalau tak, saya diam-diam saja sebab kita faham keadaan sekarang macam mana.
“Aku pun ibu yang ada anak bujang. Faham keadaan mereka. Tak memaksa pun bagi setiap bulan,” tulis pelayar TiKTok.