RSS Suria

Tak mahu jadi isteri tipikal, wanita letak syarat sebelum kahwin… Katakan tidak kerja-kerja bibik, nak fokus jaga kecantikan

RUMAH tangga merupakan satu proses membina sebuah kehidupan yang perlu diisi dengan komitmen dan tanggungjawab antara anggota di dalamnya.

Dek kerana itu juga,seorang wanita meletakkan syaratkepada bakal suaminya sebelum mereka ke jenjang pelamin.

Menurut wanita itu, dia tidak mahu melakukan tugas mahupun dilayan seperti pembantu rumah.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

“Sebelum sayakahwin, tak kisah siapa pun pasangan, saya dah pesan awal-awal yang saya tak nak jadi bibik dia.

“Tanggungjawab adalah tanggungjawab, dengar kata adalah dengar kata. Tapi untuk jadi bibik, sayakatakan tidak,” tegasnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Tampil memberi penjelasan, katanya, dia berkemampuan untuk membayar gaji pembantu rumah dan komitmen tersebut boleh ditanggungnya sendiri selepas berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu cerai lepas 10 tahun tahan mulut busuk suami, rasa berdosa gagal ‘bersama’ – “Bau dari jauh pun mual”

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala

Apa yang lebih penting baginya adalah kepuasan dan memanjakan dirinya, malah sanggup berbelanja besar demi kecantikan.

“Sekarang pun sayatak buat diri sendiri jadi bibik. Tangan kaki sayasemua dijaga elok-elok, spa salon cukup sebulan sekurang-kurangnya minimum antara RM2,000 dan RM3,000.

“Tak ada alasan untuk… tak apa, sayadah kahwin dengan awak, sayasuka natural beauty. Natural yang awak nampak sebelum kahwin tu adalah natural yang berbelanja RM3,000 sebulan,” ujarnya.

Apabila kita jaga semua (kecantikan diri)ni pun, untuk dia juga nanti.

WANITA

Mengulangi pendiriannya, wanita itu berkatadia masih mahu menjadi isteri yang mendengar kata dan taat pada suami serta melakukan tanggungjawab tetapi suami juga perlu ada common sense.

“Dia kena tahu tanggungjawab dia juga, macam mana nak jadikan sayasatu-satunya isteri yang baik dan terbaik untuk dia. saya nak dia pun macam tu.

“Apabila kita jaga semua (kecantikan diri)ni pun, untuk dia juga nanti. Mana dia nak kalau tangan kasar-kasar, nanti mengeluh. Nak kita sentiasa cantik, jadi buat je,” jelasnya.

Suri rumah memainkan peranan penting dalam kehidupan berkeluarga. -Gambar hiasan

Sehubungan itu, dia meminta bakal suami tidak mengeluh mengenai syaratyang dikenakannya sebelum berkahwin.

Jika tidak, perkara itu hanya menyulitkan keadaan dan menimbulkan konflik dalam rumah tangga.

“Stres lalelaki yang nak murah, mudah tapi demand tinggi ni, complicated. Laki banyak duit relaks je, tak ada bising-bising sebab dia faham basic dan keperluan lain,” katanya lagi.

Namun katanya, sebagai manusia biasa, dia hanya meminta dan selebihnya terserah kepada Yang Maha Esa.

“Semua Allah yang tentukan, kita hanya merancang, serahkan semua dekat Allah.

“Tapi pada masa sama, jika ada ada takdir yang tidak baik, kita doa dan kita ubahlah, insya-Allah.

“Kita sebagai manusia pun ada pendiriannya tersendiri,” ujarnya.

Scroll to Top