RSS Suria

Pemalas, main ‘game’ je lebih! Wanita menyesal kahwin lelaki muda – “Gen Z memang macam ni ke?”

SEORANG isteri berusia 25 tahun ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat enggan menjalankan tanggungjawab.

Biarpun mereka adalah pasangan generasi Z, dia dapatmerasakan terdapat perbezaan danjurang besar dari segisikap, tanggungjawab dan komitmen.

Dalam perkongsiannya di media sosial, wanita ini meluahkan rasa marah apabila suaminya enggan keluar membeli barang dapur walaupun dia sedang sakit.

“Saya cukup geram dengan suami hari ni. Saya tak sihat, minta tolong dia beli barang nak masak.

Ketagihan bermain permainan video boleh merosakkan institusi rumah tangga. -Gambar hiasan

“Dia jawab pergi la sendiri sambil main game Mobile Legend bodoh dia tu. Saya geram.

“Tak kan bab nafkah makan saya kena sediakan. Bab masak saya, jaga anak pun saya,” jelasnya menceritakan situasi yang berlaku dalam rumah tangganya.

Wanita ini turut membangkitkan persoalan tentang sikap lelaki generasi Z masa kini yang didakwasering culas menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Sedar bahawa dirinya sendiri merupakan sebahagian daripada generasi tersebut, wanita ini berkata diatidak pernah menjadikan usia muda sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal kahwin ‘kaki game’! Isteri bersalin Czer nekad cerai, suami tak pernah tolong urus anak ketika berpantang

Menurutnya, suami hanyamenunjukkan sisi baik semasa bercinta, tetapi berubah sikap setelah mendirikan rumah tangga dan akhirnya dirinya pula dipersalahkan.

“Gen Z memang macam ni ke? Saya pun Gen Z tapi saya jalankan tanggungjawab saya semua.

“Kadang terbaca banyak isu lelaki generasi ni yang bermasalah. Kenal lama tapi sorok perangai buruk dia tu.

Umur lelaki awak berapa tahun ni. Kalau baya-baya awak memang lambat matang sikit.

NETIZEN

“Lepas tu salahkan perempuan sebab tak jalankan tanggungjawab. Habis dia buat ke tanggungjawab tu,” ujarnya mempertikai sikap suaminya.

Dalam pada itu, ketagihan permainan video jugasering dikaitkan dengan konflik emosi dan masalah dalam rumah tangga masa kini.

Susulan perkongsiannya ini, warga maya turut memberikan pendapat dan pandangan mereka terhadap masalah rumah tangga yang dihadapi.

Komen netizen di X.

“Orang zaman sekarang ni kalau tak salahkan ‘negeri’, salahkan generasi.

“Lain kali sebelum bercinta, kau borak la dengan dia suka main game (permainan video) apa. Jenis-jenis kaki game ni, si*l dia tak dibuat-buat. Berapa ‘kerat’ je bagus.

“Umur lelaki awak berapa tahun ni. Kalau baya-baya awak memang lambat matang sikit. Bersabarlah. Dia tak puas hidup bujang lagi tu. Cumagatal nak berbini,” ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top