PENCERAIAN usahawan Rozita Ibrahim dengan bekas suaminya dikenali sebagai Abang Haji bukan penyebab buat anak-anaknya memutuskan silaturahim dengan bapa tiri mereka.
Buktinya, kelibat Abang Haji turut kelihatan menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di kediaman mewah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri pada Selasa.
Menerusi perkongsian kakak Aliff iaitu usahawan Noor Hayati Kamaruzaman di TikTok, mereka sekeluarga kelihatan ceria dan saling bergurau sementara menanti majlis berbuka puasa.
Abang Haji (kiri) dilihat berbuka bersama keluarga besar Aliff.
Malah Abang Haji juga kelihatan sibuk melayan karenah cucu-cucunya dan jelas hubungan mereka masih akrab.
Walaupun Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita sudah berkahwin baharu, netizen turut memuju keakraban ditunjukkan malah terharu melihat kasih sayang terjalin di antara mereka.
“Macam inilah bagus tetap jaga ukhwah. 20 tahun Abang Haji menjadi datuk kepada anak-anak Yati dan Aliff, lebih daripada cukup untuk mencipta keserasian antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak sahkan Bonda Rozita sudah kahwin, anggap bapa tiri ‘kekasih’ baharu ibu
ARTIKEL BERKAITAN:Tak lagi sorok-sorok, Bonda Rozita kongsi foto bersama suami baharu di Makkah
“Bagusnya masih kekalkan silaturahim dengan bapa tiri. Abang Haji disayangi anak-anak dan cucu walaupun sekadar bapa dan datuk tiri. Alhamdulillah,” komen netizen.
Sementara itu, Hayati turut berseloroh dia teruja dapat berkumpul bersama keluarga selain Aliff yang dianggap sebagai ‘penyanyi nombor satu negara’.
“Hari ini berkumpulnya budak Gen Z (anak-anak), artis nombor satu negara yang melantik diri sendiri (Aliff) dan hos TikTok popular, Nur Shahida (isteri Aliff),” katanya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwan sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Rozita mendirikan rumah tangga dengan abang kepada pelakon Rebecca.
Telahan semakin rancak apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam juga dikatakan turut meninggalkan komen pada sesi siaran langsung tersebut dengan memanggil Rozita sebagai ‘kakak iparku’.
Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh.
Ain bagaimanapun enggan mendedahkan punca Rozita berpisah dengan suami terdahulu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!