SALAH satu perkara yang boleh mencetuskan konflik dalam sesebuah perkahwinan adalah campur tangan mentua.
Dalam sesetengah kes, ada individuyang memilih untuk berpisah biarpun sudah mendirikan rumah tangga bertahun lamanya, gara-gara tidak tahan dengan sikap mentua.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi luahan hati mengenai sikap mentua yang suka mengawal suaminya terutamanya apabila melibatkan giliran pulang ke kampung.
“Sakit hati dengan family mentua sebab suka control husband balik cuti dekat kampung… Nak turn diaorang je.
Perselisihan faham merupakan asam garam dalam kehidupan berumah tangga. -Gambar hiasan
“Biasa kalau balik kampung saya, dia (suami) tak enjoy pun. Time giliran saya, gelisah tanya activity famili dia.
“Tapi kalau turn dia, nak saya terpaling enjoy dengan family dia,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut wanita itu lagi, keadaan bertambah buruk disebabkan suami cenderung menurut kehendak ibunya gara-garamudah rasa bersalah dan tidak sampai hati untuk mengecewakan permintaan keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah asyik tidur, mak mentua canang sekampung perangai menantu… Siap larang anak tolong isteri buat kerja rumah!
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua gelabah elaun kena potong! Menantu beri pengajaran sebab mulut ‘laser’, selama ini sangka anak lelaki kesayangan gaji besar
“Bapa mentua jenis ambil kesempatan… suka guilt trip.
“Adik dan kakak (ipar) banyak influence husband untuk decide berapa hari dekat sini (kampung sendiri), berapa hari dekat sana (kampung mentua),” luahnya.
Mengakui isu iniadakalanya menjadi punca pergaduhannya, wanita iniberkata, dia dan suami akhirnyamemutuskan untuk pulang ke kampung secara berasingan.
Tapi kalau turn dia, nak saya terpaling enjoy dengan family dia.
PENGADU
“Sekarang decide untuk balik kampung asing even rumah dekat kampung 30 minit je. Balik asing sebab penat bergaduh.
“Jahat ke kalau sakit hati dengan family mentua… sampai terdoa anak perempuan dia rasa benda yang sama jumpa mentua dan husband macam tu,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian daripada warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.
Malah ada dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman mengenai kerenah mentua masing-masing.
Selain berkongsi pengalaman, netizen turut memberi kata semangat buat individu berkenaan.
“Kes kita sama. Anak jantan dia ada tiga orang. Tapi call tiap minggu untuk benda bodoh, repair lampu, betulkan atap, racun rumput. Kalau tak balik minggu tu, tiba-tiba muncul dekat Kuala Lumpur… pening!
“Sama kita sis. Mentua guilt trip pasal keberkatan semua tu. Saya baca mak dia tulis dekat WhatsApp. Malas dengan drama. Kadang saya ikut balik tapi tak jumpa diaorang, saya stay hotel sorang-sorang.
“Dulu pernah ada rasa macam ni juga sebab mentua jenis control anak dia. Tak tahan sangat saya terus terang dengan husband. Alhamdulillah husband faham, dia usaha nak adil, nak jaga hati dua-dua pihak,” demikian komen netizen.