PENGARAH dan penerbit Datuk Yusof Haslam teruja dan bersyukur apabila anaknya iaitu Syamsul Yusof menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.
Yusof, 70, berkata memilih jalan berdamai dan membuang sifat ego adalah lebih baik sekiranya berlaku perselisihan sesama ahli keluarga.
“Jangan simpan dalam hati kerana nanti kita akan jadi tidak tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.
Syamsul akhirnya pulang ke pangkuan keluarga.
“Begitu juga saya lakukan, sekiranya ada yang buat salah, saya sendiri akan minta maaf dulu. Bukan apa, kadang-kadang semua ini ego sahaja.
“Saya fikir tak mengapa mengalah demi mencari kedamaian. Begitu juga dengan isteri, kalau bergaduh saya juga akan ambil langkah mengaku salah supaya keadaan tidak jadi lebih keruh,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, dia juga turut gembira apabila hubungan antara Syamsul dan bekas isteri Puteri Sarah Liyana juga semakin membaik selepas berpisah pada 14 Jun 2023.
ARTIKEL BERKAITAN:“Semalam kami ada jumpa bersembang”… Yusof Haslam tak berharap Puteri Sarah kembali kepada Syamsul
ARTIKEL BERKAITAN:Hubungan keluarga makin erat, Yusof Haslam gembira Syamsul kerap datang rumah
Katanya, mereka juga sudah terbuka untuk bertemu dalam sebarang acara keluarga malah pernah berbuka puasa bersama-sama sebelum ini.
“Saya mahukan itu, kalau ada perceraian yang berlaku buatlah hubungan itu seperti kawan.
“Janganlah bermusuh dengan isteri atau suami. Dunia ini kecil sahaja, pusing-pusing pun akan jumpa balik.
Hubungan Sarah dan mentua sangat baik.
“Kalau ada sahabat yang sebelum ini kita bergaduh atau selisih faham, ambillah jalan untuk berdamai,” tambahnya.
Sebelum ini, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah ibu bapanya selepas bernikah kali kedua dengan Ira Kazar pada 6 Januari 2023.
Dia bagaimanapun melafazkan cerai talak satu terhadap Ira pada 5 September tahun lalu, selepas 21 bulan berkahwin.
Syamsul kemudiannya dilihat pulang ke rumah keluarganya seminggu selepas dia dan Ira bercerai.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!