RSS Suria

Nampak baju raya hangus terbakar, 3 beradik yatim piatu sambut Aidilfitri dalam duka… Rupanya tema hitam petanda pergi selamanya

AIDILFITRI kali ini penuh pilu bagi tiga beradik yang kehilangan ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk treler di Kilometer 58.1, Lebuhraya Utara-Selatan, 27 Mac lalu.

Taufiq Bani, 33, adik kepada arwah Siti Khazira Bani, 35, berkata sepatutnya keluarga kakaknya itu pulang ke kampung halaman mereka di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor pada hari sebelumnya.

Namunperjalanan itu tertunda kerana abang iparnya yang turut terkorban, Nasaarudin Pardi, 36, mempunyai mesyuarat penting pada hari kejadian.

“Sebelum mereka sekeluarga bertolak dari Bukit Jalil, angah (Siti Khazira) ada beritahu mereka baru bergerak dan saya memintanya berhati-hati.

Ahli keluarga Taufiq (kiri, baris belakang).

“Kemudian dalam pukul 11.25 malam, saya WhatsApp dalam grup tanya jalan sesak ke, tetapi tak berbalas. Itu sahaja mesej terakhir.

“Sampai la waktu sahur 5.30 pagi, saya lihat mereka tak sampai lagi dan mula tak sedap hati. Kemudian saya masuk bilik, ayah beritahu dapat panggilan mengenai kemalangan,” katanya kepada mStar.

SelainSiti Khazira dan suaminyaNasaarudin, turut terkorban ialahanak bongsu mereka, Maryam Nusaibah yang baru berusia dua tahun.

Tiga anak-anak mangsa yang terselamat dalam tragedi itu ialahTuah Isqandar, Sumayyah dan Jebat Ismael.

ARTIKEL BERKAITAN:Treler hilang kawalan selepas tayar meletup, 5 maut termasuk kanak-kanak usia 2 tahun

Bercerita lanjut,Taufiq berkata Tuah Iskandar hanya mengalami bengkak akibat tali pinggang keledar.

Manakala Sumayyah mengalami patah bahu dan perlu menjalani pembedahan dan dijaga oleh Taufiq ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Selepas kemalangan, anak-anak saudara saya masih keliru dan sukar menerima hakikat kehilangan ibu bapa mereka.

“Mereka ada tanya, abah dan ibu okay ke? Saya terangkan baik-baik dan mereka faham yang ibu bapa mereka sudah meninggal. Dua adik beradik lelaki tu nampak okey.

“Tapi Sumayyah nampak lebih pendiam sejak kejadian. Dia cakap apabila sudah pulih nanti, dia nak pergi kubur tengok mak ayah dan adik,” kata Taufiq.

Kakak sulung saya sudah belikan baju raya baharu berwarna hitamuntuk mereka

TAUFIQ

ADIK SITI KHAZIRAH

Lebih menyayat hati bagi Taufiq, kakaknya sebelum ini sudah membeli baju raya untuk seisi keluarga dengan tema warna hitam seolah-olah membayangkan ‘tragedi hitam’ yang bakal menimpa mereka.

Namun menurutnyabaju raya yang sepatutnya dipakai pada pagi 1 Syawal itu hangus bersama kenderaan mereka.

“Anak-anak buah saya ada beritahu yang mereka nampak sendiri baju raya mereka terbakar.

“Jadi kakak sulung saya sudah belikan baju raya baharu berwarna hitamuntuk mereka. Kita ikutseperti yang dirancang untuk dipakai tahun ini,” katanya.

Sehingga kini, pihak keluarga masih belum membuat keputusan mengenai penjagaan tiga beradik yatim piatu itu.

Summayah mendapatkan rawatan di hospital selepas terlibat kemalangan.

“Kami belum dapat kata sepakat siapa akan jaga anak arwah kakak saya nanti. Kami juga perlu berbincang dengan pihak keluarga arwah abang ipar saya.

“Setakat ini, ibu bapa dan kakak sulung akan ambil alih buat sementara waktu,” katanya.

Jenazah tiga beranak itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Makam, Kota Tinggi sekitar pukul 6 petang, Jumaat lalu.

Polis masih menyiasat punca kemalangan, namun siasatan awal mendapati ia berpunca daripada tayar pecah sebelum kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbakar.

Scroll to Top