RSS Suria

Sambutan Aidilfitri Ismail Izzani kembali meriah, bertuah dapat bapa tiri penyayang

SUDAH lama tidak merasai kemeriahanAidilfitri, penyanyi Ismail Izzani teruja menyambut lebaran buat pertama kali bersama bapa tiri.

Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata, apa lebih mengujakan tahun ini mereka sekeluarga meraikan hari raya di kampung halaman ibunya, Suliza Salam di Pontian, Johor.

“Sambutan Aidilfitri tahun ini mengujakan sebab sudah lama tidak merasai ‘vibes’ hari raya dan paling seronok dapat meraikannya di kampung halaman ibu di Pontian, Johor.

Ismail menyambut lebaran di Pontian, Johor.

“Kedua ibu bapa saya sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing dan insya-Allah saya akan biasakan diri.

“Baba (panggilan bapa tiri) pula seorang lelaki yang baik dan dia menjaga kami adik-beradik seperti anak kandungnya sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Luar Biasa ini tidak menafikan ada perasaan kekok meraikan hari raya bersama bapa tiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Suliza Salam kembali bergelar isteri, Ismail Izzani dapat bapa tiri

ARTIKEL BERKAITAN:Berbaju Melayu, Ismail Izzani buat kejutan jumpa peminat cilik selepas majlis nikah ibu

Bagaimanapun kata Ismail, dia percaya mampu membiasakan diri kerana apa lebih penting ibunya bahagia dan gembira.

“Saya tak nafikan ada perasaan kekok bersalaman di pagi raya dengan bapa tiri.

Sambutan Aidilfitri tahun ini mengujakan sebab sudah lama tidak merasai ‘vibes’ hari raya.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

“Tapi saya sudah mengenalinya agak lama dan tahu betapa baiknya dia. Baba sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga kami.

“Bagi saya kalau Baba dapat menjaga mama dengan baik pun saya sudah bersyukur,” ujarnya.

Pada 21 Disember 2024, Suliza kembali bergelar isteri selepas lebih dua tahun memegang status ibu tunggal.

Ismail gembira dapat meraikan Aidilfitri dengan meriah.

Suliza bernikah dengan lelaki pilihan hati iaitu Ismail A. Samad di kediamannya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.

Sebelum itu, Suliza bernikah dengan ahli perniagaan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top