MASIH terkenang arwah bapa membuatkan usahawan Liana Rosli memilih untuk meraikan Aidilfitri secara sederhana setiap tahun.
Liana atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM memberitahu sambutan hari rayanya terasa tidak meriah sejak arwah bapanya meninggal dunia 15 tahun lalu.
Kata Liana, dia sentiasa dihantui rasa terkilan kerana belum puas berbakti dan berkongsi kemewahan dengan arwah bapanya.
Kak KM dan keluarga sentiasa sedondon di hari raya.
“Sejak papa saya meninggal, setiap kali raya saya tak ‘all out’ sebab selalu rasa terkilan apabila sudah senang, papa pula sudah tiada.
“Saya selalu rasa kalau saya ada duit seperti sekarang ini dia akan gembira.
“Waktu dia ada saya masih belum berniaga lagi, saya tak dapat bagi duit. Sekadar hulur sikit-sikit saja,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN:Kak KM terbuka hati terima teguran, anggap Asma’ Harun sudah buat bahagiannya
ARTIKEL BERKAITAN:Bertuahnya anak-anak Kak KM, semua dapat rumah berharga RM1 juta
Menurut Liana, banyak kenangan manis di antara mereka memandangkan hubungan mereka tersangat akrab berbanding adik-beradik lain.
Jelasnya, dia masih teringat riak wajah bapanya yang cukup gemar menikmati hidangan hasil air tangannya.
“Dia paling suka masakan saya. Paling tak boleh lupa sebelum dia meninggal, dia duduk dengan saya dan saya dapat masakkan pelbagai juadah kegemarannya,” luahnya.
Anak-anak Kak KM sudah terbiasa raya sederhana.
Meskipun memilih beraya secara sedehana, Liana memberitahu dia tetap menyediakan baju raya baharu untuk hadir ke acara rumah terbuka.
“Saya memang sudah tidak ‘all out’ sangat, cuma kalau ada 20 rumah terbuka saya tetap akan ada 20 baju baru.
“Tapi bagi saya masih lagi sederhana,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!