RSS Suria

Rumah mak jadi ‘port’ balik kampung, saudara-mara bertandang macam tetamu kehormat… Langsung tak tolong di dapur!

SETIAP kali sambutan 1 Syawal, rumah datuk dan nenek di kampung paling meriah.

Namun bagi keluarga ini, kediaman ibunya menjadi tumpuan saudara-mara untuk berkumpul sejak datuk dan nenektiada.

“Setiap tahun, saudara-mara datang beraya ke rumah mak sebab anggap rumah mak macam kampung.

Beraneka juadah untuk tetamu yang menjamu selera. -Gambar hiasan

“Tapi, tak ada seorang pun yang tolong kat dapur. Mereka semua anggap diri macam tetamu,” kata seorang individumenerusi satu luahan di laman sosial.

Bercerita lanjut, dia tampil menjelaskan bahawa sebenarnya sambutan hari lebaran boleh juga diadakan di rumah saudara-mara lain mengikut penggiliran.

“Tiba-tiba auto rumah mak jadi tempat berkumpul saudara-mara sebab dekat kampung.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita rasa bersalah asyik beraya di kampung sendiri! Suami, famili mentua tak pernah kisah sistem giliran… Orang luar kata ‘selfish’

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai rupanya gelisah menjelang raya… Individu pendiam tak suka jumpa tetamu, pesakit mental rela berkurung di bilik

“Kalau boleh, sebenarnya mak pun teringin nak pergi beraya rumah mereka,” ujarnya lagi.

Namun apa yang dipersoalkannya, saudara-maranya hanyaberlagak sebagai tetamu dan enggan membantu melakukan kerja-kerja di dapur.

Tak ada seorang pun yang tolong kat dapur, mereka anggap diri macam tetamu.

PENGADU

“Bukan mak jemputberaya pun tapi mereka yang nak datang.

“Mak pula rasa bersalah nak tolak,” katanya yang berharap untuk menegur saudara-maranya supaya bersikap bertimbang rasa.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan bersimpati dengan situasi yang dihadapi keluarganya.

Segala persiapan dilakukan keluarga. -Gambar hiasan

“Ada makcik ni, bawa anak dan cucu datang beraya tapi langsung tak tolong apa-apa.

Pada masa sama, mereka turut mencadangkan beberapa alasan bagi memastikan tiada isu atau konflik yang timbul setiap kali hari raya.

“Cakap je la, tahun ni tak ada dekat rumah sebab pergi beraya dekat tempat lain. Kunci je pintu pagar seminggu tu.

“Cakaplah beraya kat rumah anak,” demikian antara komen netizen.

“Ajak mak pergi solat raya, lepas tu jangan balik rumah. Pergilah rumah saudara-mara lain. Tak pun lepak kat mall. Tolong belajar break the cycle. Kasihan mak,” komen netizen.

Scroll to Top