LEBIH daripada sekadar medium untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, media sosial kini menjadi platform yang penuh dengan peluang menyalurkan kreativiti tanpa batas.
Ketika ini individu daripada pelbagai lapisan masyarakat tampil dengan idea-idea kreatif dalam menghasilkan content sama ada bertujuan untuk menghiburkan, berkongsi ilmu, memberi inspirasi dan sebagainya.
Salah satu content yang mencuri tumpuan adalah perkongsian idea busana fesyen atau lebih dikenali sebagai video Get Ready With Me (GRWM) yang memaparkan pembuat kandungan (content creator) menggayakan satu persatu persalinan.
Menyedari semakin ramai yang ‘terjebak’ lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, seorang wanita tampil membuat teguran terbuka di laman sosial khususnya buat golonganMuslimah.
Pelbagai fesyen busana raya di pasaran. -Gambar hiasan
“My dear Muslim sisters, boleh tak jangan buat video tengah pakai baju raya? Tengah pakai baju tak payahlah buat video.
“Astaghfirullah. Pakai baju dalam bilik je tak payah buat video walaupun pakai inner (pakaian dalam). Tak percaya benda macam ni pun kena cakap (tegur). It’s common sense! Parttarik zip paling tak tahan,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:Gadis rajin kongsi video tip berfesyen ‘cantik tapi murah’, cuma dah jarang guna suara sendiri sebab netizen kata ‘macam kartun’
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita malu ‘content’ murahan tayang susu badan – “Tak takut ke lelaki terbayang-bayang?”
Bukan mahu menyekat kebebasan seseorang untuk menghasilkan kandungan media sosial, namun wanita berkenaan menegaskan dia sekadar memberi teguran kerana video sedemikian tidak sopan untuk tatapan umum.
“Kalau rasa kita kolot dan outdated, dia yang outdated dan kolot sebenarnya. Ramai je orang modern, educated dan Islamik pada masa yang sama.
“Merekani tak segan sebab buat depan phone. Tapi apabila share dekat media sosial, samamacam duk salin baju tengah-tengah khalayak ramai.
Berhias depan kamera untuk tontonan umum tu baik ke walaupun menutup aurat?
NETIZEN
“Macam pakai inner,lepas tu bersiap-siap dekat bazar Ramadan. Lepas tu panggil orang suruh duduk rapat-rapat, tengok dia zip kain.
“Tak boleh paksa pun dia nak dengar ke tak. Dah besar panjang dah pun. Kita dah lakukan tugas kita,” tulisnya lagi.
Hantaran wanita tersebut meraih perhatian dengan rata-ratanya menyokong tindakan beraninya melontarkan teguran demi menjaga imej agama Islam.
Antara komen netizen.
“Terima kasih tolong tegur. Berhias depan kamera untuk tontonan umum tu baik ke walaupun menutup aurat? Nak cakap orang yang tegur ni jumud ke apa, terpulang.
“Ya Allah ni memang betul. Jadi pelik bila trend-trend peniaga brand besar guna model pakai inner dan sarung baju kurung tu. Benda macam tu tak perlu pun sebenarnya. Jadi memalukan pula.
“Setuju. Paling tak suka tengok diorang pusing nampak punggung tunjuk tengah zip kain.
“Ramai orang sanggup buat apa sahaja demi views sekarang,” demikian antara komen netizen.