IDEA untuk meninggalkan ibu bapa yang sudah uzur di pusat jagaan ketika musim perayaan mungkin dianggap kejam oleh kebanyakan orang.
Namun, seorang wanita di Facebook berpendapat sebaliknya kerana idea tersebut juga boleh dipandang daripadasudut yang positif.
Menurut wanita itu, ibu bapa yang sudah uzur tidak lagi sesuai untuk dibawa berjalan-jalan, apatah lagi jika melibatkan perjalanan jauh.
Lebaran pastinya lebih meriah jika ia diraikan dengan seluruh ahli keluarga. -Gambar hiasan
“Daripada sudut negatif, mungkin ada yang rasa ia perbuatan yang salah dan tidak adil. Tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu.
“Namun daripada sudut positif, mungkin ia keputusan terbaik sebenarnya. Bukan kerana anak-anak terbeban atau penting diri, tapi faham tubuh ibu bapa mereka itu tidak lagi sesihat dan sekuat dahulu.
“Tidak sesuai untuk kerap dibawa berjalan dan bergerak serta berada di sesuatu tempat di dalam tempoh yang lama,” tulis wanita itu.
Kita tahu di tempat sebegitu sudah tentu ada orang yang dapat menjaga dan memberikan perhatian yang lebih baik semasa ketiadaan anak-anak.
WANITA FACEBOOK
Dia menulis komen itu sebagai respons kepada artikel mStar tentang segelintir anak-anak yang memasukkan ibu bapa ke hospital setiap kali tibanya musim perayaan.
Menurut wanita itu lagi, ibu bapa yang uzur juga pastinya akan lebih terjaga jika mereka ditempatkan di pusat jagaan atau hospital.
“Jadi, tidak salah kalau ibu bapa itu ditinggalkan di wad hospital atau pusat penjagaan sementara yang berbayar.
ARTIKEL BERKAITAN:Raya dah dekat, makcik tua check-in wad lagi! Jururawat dedah ada famili hantar ibu uzur ke hospital setiap kali Aidilfitri
ARTIKEL BERKAITAN:Berjurai air mata panggilan “mak” tak bersahut, rupa-rupanya sudah 7 bulan ibu tiada… Wanita ini tak pernah ‘skip’ ziarah rumah arwah
“Ini kerana, kita tahu di tempat sebegitu sudah tentu ada orang yang dapat menjaga dan memberikan perhatian yang lebih baik semasa ketiadaan anak-anak,” tulisnya lagi.
Dalam perkongsian panjang lebar itu, dia bagaimanapun tidak bersetuju jika ada anak-anak yang mengambil kesempatan dengan meninggalkan orang tua mereka di hospital-hospital kerajaan.
“Tetapi, saya tidak bersetuju kalau ibu atau bapa yang sakit itu sengaja ditinggalkan di wad hospital kerajaan.
“Ini kerana, wad hospital kerajaan itu dikhususkan untuk rawatan dan penjagaan bagi orang tua yang benar-benar sakit, uzur dan kurang berkemampuan.
Orang yang uzur tidak sesuai untuk menempuhi perjalanan jauh, apatah lagi pada musim perayaan. -Gambar hiasan
“Janganlah pula ada anak-anak yang cuba mengambil kesempatan di dalam kesenangan,” tulisnya lagi.
Penulisan wanita itu turut menerima pelbagai maklum balas netizen, termasuklah yang tidak bersetuju dengan saranannya.
“Hari raya ni tak wajib pun pergi beraya. Itu semua adat Melayu je. Kalau ada ibu bapa uzur, duduk je la rumah, tunggu orang datang beraya rumah kita.
“Jadi kau sangguplah beraya sakan tinggalkan ibu bapa kat hospital?
“Bukan main positif. Jangan-jangan kau pun macam tu sebenarnya,” tulis netizen.