RSS Suria

Suami Kiah Propa meninggal dunia

SUAMI pelakon dan pengacara Kiah Propa iaitu Mohamad Nazri Ismail meninggal dunia pada pagi Selasa.

Berita pemergian itu disahkan sendiri oleh Kiah atau Siti Rokhaida Abdul Khalil yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya kira-kira pukul 5 pagi.

Allahyarham berusia 58 tahun.

Kiah kerap berkongsi keadaan terkini suaminya.

“Suami saya baru saja meninggal dunia di IKN Putrajaya, pukul 5 pagi. Sudah dua minggu dia dirawat di IKN,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Kiah memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Annur Seri Pagi, Saujana Utama, Sungai Buloh dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Instagram Kiah memberitahu dia menyambut Syawal pertama di IKN.

ARTIKEL BERKAITAN:Kiah Propa terbuka hati kahwin semula selepas bekas suami disahkan hidap kanser… “Saya lamar dia, persiapan cuma seminggu”

ARTIKEL BERKAITAN:Kiah Propa sedih tengok keadaan suami, sel kanser dah merebak bahagian organ lain

Malah dia juga memberitahu Allahyarham mengalami masalah penafasan selain terdapat jangkitan di dalam darah.

“Raya kami di IKN, dimaklumkan oksigen drop dan ada jangkitan dalam darah,” ujarnya.

Pada November tahun lalu, Kiah bertindak melamar Nazri selepas lelaki itu didiagnos kanser leher.

Kiah dan Allahyarham kembali bersama pada November lalu.

Pasangan itu kembali disatukan dalam majlis serba sederhana pada 16 November 2024.

Mereka pernah mendirikan rumah tangga pada 2011 namun berpisah selepas beberapa tahun bernikah.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top