RSS Suria

Aidilfitri paling bermakna buat El Azman, dapat beraya dengan anak-anak selepas 4 tahun

AIDILFITRI tahun ini cukup bermakna buat usahawan El Azman apabila bakal diraikan bersama dua orang anaknya buat pertama kali dalam tempoh empat tahun.

El atau Mohd Hilmi Che Azman, 37, berkata, dia bersyukur apabila bekas isterinya iaitu usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah memberi kebenaran dia meraikan hari raya bersama anak-anak selama dua hari.

“Alhamdulillah ini tahun pertama saya berhari raya dengan anak-anak sejak saya dan bekas isteri bercerai empat tahun lalu.

El bahagia sambut raya bersama anak-anak.

“Saya dapat bersama mereka pada hari pertama dan kedua Syawal,” katanya kepada mStar.

Merujuk dengan perkara itu, El memberitahu dia sudah melakukan pelbagai persiapan sejak minggu pertama bulan Ramadan.

Ini termasuk menyediakan pakaian baharu untuk anak-anak selain mendekorasi kediamannya agar kelihatan baru dan segar menjelang hari raya.

“Saya punya teruja sampai seminggu selepas Ramadan sudah siapkan baju mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:El Azman tambah koleksi kereta mewah, siap dah beli nombor plat ‘D7’

ARTIKEL BERKAITAN:El Azman nafi tiru rekaan samping, sedia ambil tindakan undang-undang – “Motif keris hasil interpretasi tersendiri”

“Kemas rumah, tukar langsir dan semua persiapan raya saya buat lebih awal agar tidak kelam kabut.

“Ini semua sebab saya terlalu gembira hendak sambut raya dengan anak-anak,” jelasnya.

Untuk rekod, El dan Amirah mendirikan rumah tangga pada 2014 namun ikatan itu berakhir dengan penceraian pada 2021.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top