RSS Suria

‘Orang lelaki kena kuat’ jadi prinsip anak, ibu sayu kehilangan pembantu buat kuih raya

PERTEMUAN terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan sentiasa menjadi kenangan bagi keluarga Allahyarham Prebet Muhammad Muqriz Aseri.

Berkongsi cerita, ibunya Nor Azlina Zambri, 45, berkata, 22 Mac lalu adalah detik terakhir dia bertemu dengan anak keduanya itu sebelum diadisahkan meninggal dunia.

“Semasa hantar ke KLIA untuk arwah pulang ke kem di Miri, Sarawak, dia memang dalam keadaan baik. Kami sekeluarga rasa ralat dan terkilan sebab dia dalam keadaan sihat masa tu.

“Malah sepanjang berhubung menerusi mesej pada Ahad terakhir sebelum pemergiannnya pun, dia cakap tak ada apa-apa yang berlaku melainkan cerita yang dia sudah sampai ke kem dan berbual tentang juadah berbuka.

Gambar kenangan Nor Azlina sekeluarga bersama arwah (kiri).

Gambar kenangan Nor Azlina sekeluarga bersama arwah (kiri).

“Tapi, selepas dua hari berada di sana, saya dikejutkan dengan panggilan duka… pemanggil maklumkan bahawa anak saya sudah meninggal dunia.

“Saya rasa macam mimpi, saya tanya banyak kali tentang berita yang disampaikan, akhirnya pemanggil jawab yang hal kematian bukanlah perkara main-main,” luahnya sebak.

Lebih menyedihkan apabila percutian singkat selama 10 hari itu adalah pertemuan pertama dan terakhir sepanjang tempoh anaknya berkhidmat sebagai anggotaBatalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri.

Gemar buat biskut raya

Malah Nor Azlina mengakui, sambutan lebaran kali ini sememangnya diiringi suasana sayu dan pilu tanpa kehadiran arwahbersama.

Tambahan pula, mereka tidak dapat meraikan 1 Syawal bersama pada tahun lalu kerana arwah tidak dapat pulang beraya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pak guard kacak kongsi cerita Aidilfitri… Kini lebih banyak ‘memberi’, dah tak harap dapat duit raya macam dulu

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda ini hantar mesej menikam jiwa kepada ‘my 1st love’ yang telah tiada, tanya “macam mana Jijul nak raya tahun ni”

“Tahun ini merupakan tahun kedua tanpa kehadiran arwah, Aidilfitri 2023 adalah sambutan terakhir bersama dia,” luahnya sebak.

Mengimbau kenangan bersama arwah Muhammad Muqriz yang lebih mesra disapa Angah, ujarnya,perkara yang paling tidak dapat dilupakan setiap kali menyambut lebaran adalah aktiviti membuat kuih raya.

Menurutnya, arwah merupakan seorang anak yang rajin dan gemar membantunya membuat kuih raya mahupun persediaan menyambut Syawal.

“Kalau dulu, masa dia ada dengan saya, masa nak raya dialah yang tolong buat biskut.

“Arwah tak banyak ragam dan kerenah, dia makan apa sahaja yang dihidangkan,” ujarnya yang turut merasakan sambutan hari raya tahun ini bagaikan tidak lengkap dan suram.

Nor Azlina bersama arwah anaknya yang bakal pulang ke kem Sri Sarawak.

Nor Azlina bersama arwah anaknya ketikabakal pulang ke kem Sri Sarawak.

Kejutan terakhir daripada arwah

Dalam pada itu, berkongsi cerita tentang pertemuan terakhir bersama Allahyarham Muhammad Muqriz, ujar Nor Azlina, dia akan sentiasa mengingati tingkah laku anaknya yang periang dan gemar membuatkejutan.

“Macam balik cuti hari tu, dia tak maklumkan pada saya atau ahli keluarga yang lain. Dia suka buat kejutan.

“Saya tahu dia balik selepas suami cakap ada delivery dalam bilik, masa tu saya baru sampai rumah dan arwah yang keluar dari bilik.

“Rupa-rupanya dia hubungi suami pada pagi tu untuk ambil di KLIA dan minta supaya kepulangannya dirahsiakan,” kongsinya sayu.

Dia nampak ikan keli, jadi dia cakap kalau masak keli berlada mesti sedap… abang dia yang masakkan.

NOR AZLINA

Malah arwah yang berjaya menyertai anggota tentera pada Disember 2023 selepas dua kali percubaan juga tidak pernah menceritakan sebarang masalah yang dialami kerana enggan merisaukan keluarga.

“Saya pernah tanya, dia okay ke tidak atau ada kena ragging mahupun ‘paw’, tapi dia hanya jawab okay sambil menambah ‘orang lelaki kena kuat’.

“Memang terasa ketiadaan dia sebab arwah paling rapat dengan saya. Dia tak banyak kerenah,” tambahnya lagi.

Tambahnya, sepanjang tempoh percutian bersama itu, arwah tidak meminta spesifik juadah dan hanya makan apa sahaja yang dihidangkan.

Muhammad Muqriz meninggal dunia akibat trauma tumpul di dada pada 22 Mac

Muhammad Muqriz meninggal dunia akibat trauma tumpul di dada pada 22 Mac

Namun dia ada menyuarakan menu yang diingini selepas melihat bahan mentah yang dibeli dari pasar.

“Dia nampak ikan keli, jadi dia cakap kalau masak keli berlada mesti sedap… abang dia yang masakkan.

“Adik pula buatkan cheeskut selepas dia cakap teringin nak makan pemanis mulut tu,” imbaunya lagi.

Untuk rekod, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, meninggal dunia pada 24 Mac 2025berpunca daripada trauma tumpul pada dada yang menyebabkan kerosakan pada jantung.

Kematian mangsa dipercayai terdapat unsur ‘manhandling’.

Jenazahnya diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Petaling Jaya pada 11.55 malam, 26 Mac lalu.

Scroll to Top