RSS Suria

20 tahun tinggal di Putra Heights, penduduk geram timbul 1001 cerita… Tampil jawab persoalan orang ramai

TRAGEDI kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya yang berlaku pada pagi 2 Syawal lalu sememangnya menggemparkan negara.

Media sosial ketika ini masih lagi hangat dengan perdebatan serta pandangan warga maya yang bukan saja mempersoalkan punca kejadian, malah membuat pelbagai andaian serta spekulasi mengenai kejadian yang menjejaskan lebih 100 buah keluarga itu.

Hantaran dibuat oleh seorang penduduk, @diana.ishak yang menetap di kawasan perumahan berhampiran lokasi kejadian turut mencuri perhatian warga maya.

“Penat aku baca komen dekat TikTok dan Facebook. Masing-masing komen macam duduk situ je. ‘Kenapa beli rumah dekat dengan pipe gas?’

“Orang kata kenapa pemaju buat rumah dekat pipe gas PETRONAS? Dik, akak dah duduk Putra Heights 20 tahun. Kawasan pipe gas tu berpagar. Diulangi berpagar. Dan bukan betul-betul sebelah rumah orang,” tulisnya yang menetap di Putra Avenue.

Imej yang berlegar di media sosial yang didakwa warga mayaberlakunya pencerobohan di kawasan saluran paip gas PETRONAS.

Malah menurutnya, laluan di kawasan kejadian adalah laluan yang digunakan olehnya dan penduduk setempat setiap hari.

Bagaimanapun ujarnya, satu projek pembinaan lot kedai (shop lot) dibangunkan di kawasan berhampiran saluran paip gas sejak beberapa bulan lalu, benar-benar mengundang kerisauan dalam dirinya mengenai kemungkinan risiko yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tercucuk paip tu meletup sampai rumah kau nanti” – Tular tangkap layar WhatsApp, individu dakwa tanah rizab PETRONAS diceroboh

ARTIKEL BERKAITAN:Penduduk panik api marak menjulang, saluran paip gas utama terbakar

“Baru-baru ni ada shop lot baru naik dekat tepi area pipe gas tu. Aku dah perasan parking area yang shop lot tu buat macam dah masuk, atau maybe too close dengan gate pipe gas tu.

“Peliklah kenapa rapat sangat. Jadi apa-apa tak ke naya? Rupanya penduduk sekitar dah buat aduan. Tapi entahlah tak tahu siapa yang salah sekarang. Definitely bukan PETRONAS sebab kawasan tu berpagar dah. Ada la malaun yang ceroboh tu.

“Ada lima biji rumah dekat Putra Harmoni tu terbakar hangus. Padahal jauh. Tapi sebab angin, jadi bahang dan fire debris berterbangan,” tulisnya lagi.

Rupanya penduduk sekitar dah buat aduan. Tapi entahlah tak tahu siapa yang salah sekarang.

PELAYAR MEDIA SOSIAL

Dalam hantarannya, individu tersebut turut memuat naik gambar memaparkan lokasi kejadian dengan kawasan perumahan berhampiran yang sebenarnya terletak begitu jauh.

Sebagai perbandingan, dia turut memuat naik gambar kawasan tapak pembinaan lot kedai yang didakwa terletak terlalu dekat dengan kawasan saluran paip gas.

“Lihat betapa dekatnya kedai tu dengan area pipe. Depan kedai tu dibuat parking space. Tapi sebab dah meletup, parking spacenya pun tak nampak dah.

“Paip gas dekat mana-mana pun ada. Sebab itulah kawasan area pipe tu dibuat lapang, dan jarak dengan rumah agak jauh dan area tu berpagar.

“20 tahun aku duduk Putra Heights elok je area pipe tu aman-aman. Benda kalau takde orang kacau takkan meletup,” tulisnya lagi.

Perkongsian individu berkenaan sehingga kini meraih 164 shares di Facebook.

Kawah yang terbentuk kesan daripada kebakaran saluran paip gas.

Terdahulu mStar melaporkan berlaku kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, kira-kira pukul 8.10 pagi Selasa.

PETRONAS Gas Berhad (PGB) dalam satu kenyataan kemudiannya mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utama di lokasi itu.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim pada Rabu menegaskan projek pembangunan berkenaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Tambahnya, semua pihak perlu menunggu hasil siasatan terperinci PETRONAS untuk mengetahui punca sebenar kebakaran dan letupan tersebut.

Scroll to Top