CUTI sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan peluang untuk kita menenangkan fikiran daripada hal-hal berkaitan kerja.
Namun, tidak semua individu bernasib baik kerana ada juga yang diganggu oleh majikan walaupun berada jauh di kampung halaman.
Menurut seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Boss Nizam, dia pernah berdepan situasi itu dalam pekerjaannya terdahulu.
Ramai pekerja akan bercuti untuk pulang meraikan lebaran bersama keluarga. -Gambar hiasan
Imbasnya, dia pada awalnya tidak berkira bab kerja, namun bekas majikannya mula mengambil kesempatan sehingga ia terus berlarutan.
“Pernah tak bos mesej kau masa tengah cuti raya suruh buat kerja? Sewaktu aku pernah makan gaji dulu, kerja dalam sektor IT, berlakunya masalah teknikal, kalau tengok masalah tak besar pun sebenarnya.
“Beria dia call aku untuk attend, untuk fix software dan website. Tapi aku pada waktu itu, mungkin seorang yang terlampau komited dengan kerja, by right bila dah cuti, apa jadi dengan company pergi mamp*s la sepatutnya.
*BQ*
“Tapi disebabkan aku baik hati sangat bagi free access, last last tahun demi tahun mereka makin pijak kepala pula,” dakwa individu itu.
Menerusi perkongsian video sama, dia memberi nasihat kepada orang ramai agar mempertahankan hak mereka sebagai pekerja.
Jelasnya, pekerja perlu tegas dalam bab cuti jika tidak mahu perkara itu menjadi beban terhadap mental mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Bos toksik selalu maki depan pelanggan… Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu
ARTIKEL BERKAITAN:Bos kacau isteri orang malam minggu, tengah tidurkan anak disuruh buat kerja… Paling kejam dapat KPI rendah akibat ingkar
“Jadi nasihat aku kat sini, siapa siapa yang masih lagi makan gaji , kalau kau dah apply cuti, tak kisahlah cuti raya atau annual leave, kau cuti je, pergi mamp*s dengan kau punya bos.
“Apabila kau bagi muka, dia akan pijak kepala engkau sampailah nanti kau sendiri stres,” ujarnya menerusi video yang menerima lebih 140,000 tontonan itu.
Video itu turut menerima pelbagai komen daripada pelayar TikTok.
Semua individu perlu tahu dan peka tentang hak mereka sebagai pekerja. -Gambar hiasan
“Aku ada dua nombor telefon. Untuk kerja, memang aku off (masa cuti).
“Nasihat yang berguna. Tepat, padu 200 peratus.
“Kerja buat dengan gaji diterima. Lebih-lebih sangat nanti makan diri,” tulis netizen.