RSS Suria

Iklan photoshoot raya RM100, sekeluarga tampil sedondon dicaj RM900! Terpaksa bayar sebab malu dah posing sakan

NAK ikut trend, tapi lain pula yang jadi.

Semuanya berpunca daripada iklan sesi fotografi raya yang menawarkan caj murah tak masuk akal.

Begitulah nasib malang yang menimpa sebuahkeluarga menjelang sambutan 1 Syawal.

“Sekarang trending photoshoot raya. Kami sekeluarga pernah tertipu dengan iklan photoshootharga RM100.

Photoshoot Raya - mStar

Sesi fotografi di studio sempena Syawal menjadi trend ketika ini. -Gambar hiasan

“Bila mahu bayar, mereka cakap RM900,” dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Tanpa menyatakan tarikh kejadian, dia mendakwa insiden tersebut berlaku di sebuah butik pengantin di Kuching, Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai naik jelak pergi bazar raya, setiap lorong jual baju sama… Rupanya peniaga pun kena ‘scam’ dengan pemborong

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak jumpa baju raya murah, kecewa harga lebih RM300 sepasang… Pelik ramai sanggup buat ‘installment’ demi nak melaram

Dalam keterujaan untuk mengabadikan kenangan raya dengan tampil sedondon, katanya, mereka sekeluarga berdepan dengan situasi yang tidak disangka-sangka.

“Segan mahu tolak sebab konon jurugambar terpaksa shoot sebab rushing mahu balik rumah. Alasan nak scam je tu.

“Datang studio, kaunter cakap jurugambar nak rushing balik. Jadi kena ambil gambar cepat-cepat,” ujarnya.

Malu kalau tak bayar. Pengajarannya, tanya dulu RM100 tu berapa keping gambar.

PELAYAR MEDIA SOSIAL

Lebih menghairankan, katanya, mereka tidak ditanya pula mengenai pakej yang ditempah sebelum sesi fotografi diteruskan.

“Tak tanya pun kami ambil pakej apa dan berapa keping gambar dalam pakej tersebut. Terus snap beratus-ratus gambar.

“Bila dah tamat sesi, pergilah pilih gambar. Sekali tengok jumlah caj jadi RM900,” katanya.

Dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga itu, mereka sekeluarga tidak menyangka caj sesi fotografi yang harus dibayar berlipat kali ganda mahalnya.

Antara komen netizen.

Terjerat dengan taktik peniaga sehingga dikenakan caj melambung tinggi, dia sekeluarga terpaksa akur membayar kos pakej sesi fotografi tersebut.

“Kita pula rasa malu sebab tadi berhabis posing dan susahkan jurugambar. Kami pula nak jaga air muka.

“Malu kalau tak bayar. Pengajarannya, tanya dulu RM100 tu berapa keping gambar,” luahnya lagi.

Scroll to Top